Showing posts with label islamic. Show all posts
Showing posts with label islamic. Show all posts

Monday, 2 November 2015

。 ◕‿◕。 Ibrah penantian 。 ◕‿◕。




。 ◕‿◕。Bismillahirrahmanirrahim. 。 ◕‿◕。


Ibrah penantian…


Sudah hampir 2 bulan aku ber’internship” di sini.
Habis waktu kerja jam 5.10. Kebiasaannya sementara menunggu en suami datang mengambilku,
masaku akan dihabiskan dengan menyiapkan tugasan sama ada di office atau di surau.
Kebanyakannya di surau .
Aku lebih selesa di situ .
Tenang dan menenangkan jiwa walau dalam apa pun keadaan .
Jika cuaca mengizinkan , masjid universiti itu menjadi pilihan.
Rumah Allah ! Sentiasa menjadi yang terbaik tanpa tandingan . Allah :’).


Hari ini aku menjadi insan yang ditegur sapa . Bukannya menegur .

Memang itu kelemahanku .

Tetapi apabila ada yang memulakan bicara, aku senang berbicara dan berceloteh.


Terlintas di fikiran , bagaimanakah dia semesra itu ?

Tidak segankah dia?

Memulakan bicara bertanyakan nama dan asal usul kepada orang asing untuk menjalinkan ukhuwah semata-mata kerana Allah .

Dari mana kekuatan itu datang?

Wallahi, aku juga tiada jawapannya.

Mungkin kerana manisnya ukhuwah lillahi Ta’ala itu yang mendorongnya.

Mungkin juga hablum minan-nas itu yang menjadi pemankin .


Sejak dulu, aku sentiasa kagum dengan insan-insan yang menjadi orang pertama yang menghulurkan persahabatan dan ukhuwah.

Sungguh mempesona .Kerana dia amat berjiwa besar.

Kemesraan itu menggagumkan .

Tetapi ciri-ciri seorang mukmin yang hebat itu membuatkan aku ingin mendekatinya.


Terima kasih adik.

walaupun tidak sempat bertukar nama,namun ada sesuatu yang boleh dijadikan ibrah dari pertemuan singkat itu.

Semoga bertemu lagi . Insya-Allah .

# belajar tak semestinya dari yang tua sahaja . (*-^)

-30/10/15

。 ◕‿◕。 malu 。 ◕‿◕。



。 ◕‿◕。Bismillahirrahmanirrahim. 。 ◕‿◕。


Hari-hari naik turun lif dari tingkat 11 memang macam-macam orang yang akan kita jumpa.


Teringat dua hari lepas, jumpa budak perempuan comel dalam lif bersama ibu bapanya.
En Suami yang pantang nampak comel-comel, terus menegur .


“Hi adik”

( si comel solehah itu memandang dan terus memeluk kaki si ayah).


“nama siapa?”

( terus ditutup separuh mukanya dengan tangan dan menyorok di belakang si ayah . hanya sebiji mata yang nampak terkedip2 memandang tersipu-sipu malu.)


Si ibu mencuba untuk yakinkan si solehah untuk memberitahu nama tetapi dia tetap senyap , tersenyum dalam malu.


Si ayah membalas “ Dia malu la tu” bagi pihak si anak yang tidak menjawab.


Ya , lumrah anak-anak kecik yang mumayyiz malu ditegur orang yang tak dikenali.

Ya malu.


Terus hati kecil berdoa semoga sifat malu itu tetap kekal dihatimu dik. Semoga malu itu akan terus menjaga dirimu hingga kau dewasa kelak. Selagi malu itu engkau jaga , Insya-Allah dirimu akan selamat dan terjaga.


Hilangnya sifat malu itu, maka hilanglah semuanya nanti.


Hari ni ada bedtime story untuk anda semua. Tak kan asyik nak baca cerita Frozen je as bedtime story kan. Baca dan hadamkan ye.


Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah.


Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.


Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).


Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.


Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.


Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.


# waktu kecil-kecil dulu sangat suka bermain dengan pokok semalu. Terasa kemenangan bila sentuh pokok semalu itu dan ianya menguncup . Seronok bermain tanpa mengetahui kisah yang tersirat di sebalik pokok yang tumbuh melata itu .

Mulai sekarang, apa kata bila kita nampak anak-anak bermain pokok semalu, kita cepat-cepat ceritakan kisah ni. Dalam mengenal dunia, biarkan anak-anak mengenal Rasullullah dan keturunannya.. (*-^).

。 ◕‿◕。Bismillahirrahmanirrahim. 。 ◕‿◕。



。 ◕‿◕。Bismillahirrahmanirrahim. 。 ◕‿◕。


Dari Abi Huhairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia,maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak soleh yang mendoakan untuknya”.

(Muslim)


Dengan keyakinan itu, aku ingin berkongsi secebis ilmu yang aku ada dan ibrah daripada kehidupan sekeliling. Semoga Allah reda . Insya-Allah .


اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَق

Terjemahannya :‘Iqra’ (bacalah) denqan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan.


Ini adalah wahyu yang pertama dimana ianya adalah adab pertama yang diajarkan oleh Allah kepada manusia. Oleh itu ianya menjadi sunnah sama ada dalam setiap percakapan, perbuatan atau penulisan.

Ini berdasarkan hadis Nabi saw yang bermaksud :


“ Setiap perkara yang baik tetapi tidak dimulakan dengan basmallah, maka ianya akan menjadi kurang”.


Untuk orng yang berwuduk, tidak sempurna wuduknya jika tidak disertakan dengan basmallah,


Ketika Nabi SAW melihat seorang budak hendak makan kurma, baginda bersabda yang bermaksud “ Ucapkanlah Bismillah, makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah makanan yang dekat darimu”.


Tidak sempurna juga orang yang menaiki kenderaan jika tidak disertakan dengan Basmallah. Kan doa naik kenderaan tu awalnya ialah “Bismillah”.

.بِسْمِ اللّهِ مَجْرَاهَا وَمُرْسَاهَا

Basmallah juga ialah pendinding untuk keselamatan rumah,barang-barang daripada kebakaran,kerosakan dan kehilangan.


Dalam sebuah hadis riwayat al-Bukhari, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,

“ Tutuplah pintumu dan sebutlah nama Allah,

padamkanlah lampumu dan sebutlah nama Allah,

dan ikatlah penutup bekas air (supaya tidak tumpah dan dimasuki sesuatu ) dan sebutlah nama Allah,

dan tutuplah perkakasmu ( gelas, cawan, bejana dan lain-lain) dan sebutlah nama Allah.


Banyakkan pesan untuk kita baca Basmallah.


Teringat kisah yang diceritakan oleh seorang murabi ketika di sekolah menengah. Ada seorang sahabatnya yang begitu tenang perwatakannya. Setiap pergerakannya disertakan dengan satu kalimah . Bismillahirrahmanirrahim .

Masuk kereta , Bismillahirrahmanirrahim.

Hidupkan enjin kereta , Bismillahirrahmanirrahim.

Pegang stereng kereta , Bismillahirrahmanirrahim.

Betulkan cermin kereta , Bismillahirrahmanirrahim.

Buka pintu kereta , Bismillahirrahmanirrahim.

Mulakan langkah , Bismillahirrahmanirrahim.

Tekan button lif , Bismillahirrahmanirrahim.

Nak duduk , Bismillahirrahmanirrahim.

Buka laptop , Bismillahirrahmanirrahim.

Buka buku , Bismillahirrahmanirrahim,

Buka pencil box , Bismillahirrahmanirrahim.

Start bercakap atau berbual , Bismillahirrahmanirrahim.

Nak ambil phone, Bismillahirrahmanirrahim.

Nak ambil barang dari orang, Bismillahirrahmanirrahim.


Senang kata semua la dibacanya Basmallah.

Simple kan ?

Tapi berapa ramai yang buat ?

Teringat juga ada seorang ustaz beritahu,

“kalau susah-susah sangat tak hafal doa tapi nak berdoa time sakit minta pertolongan Allah, jadikan Basmallah itu sebagai doa. Baca “ Bismillahirrahmanirrahim” dan usap tempat yang sakit. TAPI kena betul-betul yakin dan percaya dengan kekuasaan dan ayat-ayat Allah. Insya-Allah boleh membantu.

tapi jangan pulak kita tak nak menuntut ilmu dan menghafal doa-doa dengan alasan Basmallah je dah cukup ye…

Allahu’alam. Selamat beramal smile emoticon

-27/10/15




Friday, 4 September 2015

I LOVE YOU!!

FOR PRECIOUS MEN IN MY LIFE..i LOVE YOU PAPA <3 I LOVE YOU ABANG <3





Siapa LELAKI


LELAKI adalah ciptaan Allah yg paling indah. Dia mula untuk bertolak ansur dari umur yang sangat muda. 


Dia korbankan coklat nya.. untuk adik beradiknya.


Dia sakit dan pergi ke sendirian, tanpa mengadu dan harap simpati.


Dia korbankan impian.. hanya untuk melihat orang tua nya tersenyum.


Dia membelanjakan kesemua duit untuk beli hadiah untuk .. yang dia cinta .. hanya untuk melihat dia tersenyum 


Dia korbankan kehidupan masa muda nya hanya untuk isteri dan anak2.. dengan bekerja lewat malam tanpa sebarang keluhan.


Biasa sahaja orang bercakap ttg menghargai wanita , tapi amat sedikit wanita yg nak berbincang membicarakan utk menghargai lelaki 


Dia bina .. masa depan mereka sekelurga dengan membuat pinjaman daripada bank dan membuat bayaran balik sepanjang hayatnya.


Dia telah pun bersusah payah tapi masih dimarahi ibu , dibebel isteri dan dileteri oleh boss .


Kehidupan dia berakhir hanya untuk bertolak ansur demi kebahagiaan orang lain


Kalau dia keluar rumah , org kata dia lalai 


Kalau dia duduk dirumah, org kata dia malas 


Kalau dia marah anak2 , org kata dia raksaksa


Kalau dia tak marah, org kata dia lelaki yang tak bertanggungjawab 


Kalau dia tak benarkan isteri bekerja, org kata dia seorang yang mengongkong 


Kalau dia benarkan isteri  bekerja, org kata dia makan hasil isteri.


Kalau dia dengar cakap emak , org kata dia anak  emak 


Kalau dia dengar cakap isteri , org kata dia kena Queen Control 


Hargailah setiap lelaki dalam hidup anda. Anda tidak akan pernah tahu apa perngorbanan yang sudah dia lakukan buat anda.





Saturday, 16 November 2013

~ketegasan dalam kemahuan bukan kedegilan dalam kemahuan~

Assalamualaikum..
hurmm rasa mcm tajuk entri xde kene mengena tapi layan je la...

Kadang kala
kita MUDAH MENBENCI bila dikasari ,
mudah PUTUS ASA bila tak sesuai dengan kehendak
mudah KECEWA bila orang lain tak memahami ,
mudah TERGORES bila dilukai..


Rasulullah tetap SENYUM bila dibenci ..
tetap TENANG bila dimusuhi ..
tetap MEMBANTU walau disakiti ..
tetap MENYERU walau diusir pergi .

Kadang kala apabila kegusaran hati dan keserabutan fikiran melanda, 
kita mudah untuk berputus asa,
kita mudah untuk mencari tempat mengadu selain dari Dia.
kita mudah untuk fikirkan puncanya,
kita mudah untuk rebah,
walaupun sebenarnya kita sentiasa ada Dia disisi kita,
walaupun sebenarnya kita masih mampu untuk berdiri dan berjalan tapi cuma kita yang cepat mengalah,
walaupun sebenarnya dengan melihat Maha Indah ciptaan Allah seperti alam menghijau di sekeliling dan
kecomelan binatang peliharaan yang tidak jemu bertasbih padaNYA
boleh membuat hati menjadi lebih TENANG.
Cintailah ciptaan-ciptaanNYA, 'mereka' akan mendoakan dirimu 

kadang kala kita terfikir alangkah bahagianya jika kita terus menjadi anak kecil.
Kadang kala banyak perkara boleh kita pelajari dari anak kecil
Mereka tdak cepat putus asa
Mereka tidak berdendam
Mereka mudah tersenyum

\(^_^)/
Oleh karena itu,jadikan Allah sebagai tujuan.Dan cukuplah Allah sebaik baik penolong serta sebaik-baik pelindung..
Insya Allah..Aamiin.. .(◠‿◠✿)


bila hati dah sayang,
bila ukhuwah dah semanis coklat,
apa pown yang mereka buat,
even its hurt us,
we will still smile,and keep smiling.
still hear their problem and still comfort them when they need us instead of scolding and get far away from them..
tu la kowt orang tua2 kata ,
bila hati dah sayang,
semuanya xkan jadi ape2..


Biar diri sendiri susah, tapi jangan sesekali menyusahkan orang lain. Bila senang, kongsikan kesenangan dengan orang lain. InsyaAllah, kita akan lebih bahagia. ^^,


DALAM ATURAN ALLAH ITU ADA RAHSIA.
RAHSIA YANG KADANG TIDAK TERFIKIR DI AKAL.
RAHSIA YANG AKAN HANYA TERBONGKAR DI MASA DEPAN.
JANGAN DITANYA "KENAPA" IA TERJADI,
JANGAN DITANYA"KENAPA" KITA DIUJI,
JAWAPAN KEPADA SOALAN “KENAPA” ITU,
AKAN HANYA TERJAWAB KELAK 


kalau betol sayang,
Doa yang baik-baik untuk dia.
Doa lah dalam diam.
Doa supaya dia sentiasa sihat,
dan mendapat apa saja kebahagiaan yang dia inginkan dalam hidupnya.


Doa dalam diam,
tanda kamu ingat,
tanda kamu kasih.

doa seorang sahabat tanpa pengetahuan sahabatnya itu xde hijab tau =D


~* NILAILAH hati kita terlebih dahulu, sebelum MENILAI hati orang lain..kerana hati itu adalah RAJA atas SEGALA PERBUATAN..

Kawan ! Jadilah seperti Saidina Umar. Dalam ketegasannya, ada kelembutannya. Dalam garangnya, masih mampu mendengar teguran daripada org lain.

Tuesday, 29 October 2013

Pernikahan atau Perkahwinan



Assalamualaikum..
Amboii,mereloo sungguh tajuk entry..
hahahaha
jom!


Pernikahan atau Perkahwinan,
Menyingkap tadbir rahsia,
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setaqwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah 
Justeru Isteri hanyalah wanita akhir zaman, 
Yang punya cita-cita, 
Menjadi solehah. 

Pernikahan atau Perkawinan,
Mengajar kita kewajiban bersama.
Isteri menjadi tanah, Kamu langit penaungnya, 
Isteri ladang tanaman, Kamu pemagarnya, 
Isteri kiasan ternakan, Kamu gembalanya, 
Isteri adalah murid, Kamu mursyid (pembimbing)-nya, 
Isteri bagaikan anak kecil, Kamu tempat bermanjanya. 
Saat Isteri menjadi madu, Kamu teguklah sepuasnya, 
Seketika Isteri menjadi racun, Kamulah penawar bisanya, 
Seandainya Isteri tulang yang bengkok, Berhati2lah meluruskannya. 


Pernikahan atau Perkahwinan, 
Menginsafkan kita, 
perlunya iman dan taqwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha, 
Kerana memiliki Isteri yang tak sehebat mana, 
Justeru kamu akan tersentak dari alpa, 
Kamu bukanlah Muhammad Rasulullah atau Isa.As, 
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamaullahhuwajah, 
Cuma Suami akhir zaman, yang berusaha menjadi soleh. 


#its not a simple thing,bukan sekadar untuk suka2,bukan sebab suka,bukan sebab disukai,its responsibility,both of u! and Insya-Allah ia adalah jalan ke syurga..sape xnak kan...


p/s~tetibe rse nak update pasal ney lepas bce blog http://setanggi-permata.blogspot.com. seronoknya ade hubby mcm tue...well,kalau nak yang soleh mcm tue,u need to be solehah first kema.and keep ur doa!!!!
(nak doa specific nama"dia" boleh x??ustazah hadayah kata boleh ape.hehehe)

Tuesday, 8 October 2013

@.@ DuNiA vS LiFe @.@




"Disaat wajah PENAT memikirkan DUNIA,maka BERWUDUKLAH,
Disaat TANGAN ini LETIH menggapai CITA-CITA,maka BERDOALAH,
DIsaat BAHU tak kuasa memikul AMANAH,maka BERSUJUDLAH,
IKHLASKANLAH semuanya dan DEKATILAH DIA,
agar kita tetap TUNDUK disaat yang lain ANGKUH,
agar kita tetap TEGUH disaat yang lain RUNTUH,
agar kita tetap TEGAR disaat yang lain TERLEMPAR.

but dont ever leave your SMILE behind u.
KEEP SMILING AND BE HAPPY PLEASE ..



pesan pada diri,tabahkan hati,kuatkan semangat...
pesan pada hati,kukuhkan iman,banyakkan zikrullah...

pesan pada naluri,jangan mengeluh,jangan kecewa...
Bila Allah datangkan ujian,itu bukan satu beban...
kita mesti boleh bertahan,ada hikmah disebalik ujian...
Bila Allah datangkan ujian,pujuklah hati,pujuklah iman...
setiap pengorbanan pasti ada keberhasilan...:D




#even its raining heavily and the storms are around u,
stand up straight and keep walking.
hold the umbrella !
by yourself!
no one will do it for you.
except you.
yourself.
dont be afraid.
dont ever lose hope.
we are NEVER ALONE.
HE's always be beside you .
ALWAYS!
just have a FAITH on HIM.
:D


 

Sunday, 2 June 2013

" tanya minda minta jawapan, tepuk dada tanya iman"

Assalamualaikum ! 
dah lame kan xupdate . so sebelum final ney nak curi2 mase sikit kat sini  . 
just to make me more relax actually . 
hehehhehe . 
we need time for ourselves too , right ?


Suatu hari, sekumpulan perompak memecah masuk sebuah rumah ilmuwan di kota raya. Hampir kesemua barang-barang & harta-harta mewah di kebas sekumpulan perompak tersebut.

Tuan Rumah: "Ambillah engkau apa sahaja yang ada di dalam rumah ini. Kecuali dua benda. Nyawa & buku-buku aku."

Perompak: Perompak hairan. Dia bertanya.
"Bukan ke harta-harta dengan buku-buku kau tu, bila dibandingkan maka harta yang lebih berharga?

Tuan Rumah: "Itu bagi kau. Bagi seorang perompak maka harta yang lebih berharga. Tetapi tidak bagi aku, seorang ilmuwan. Aku lebih berilmu berbanding kau. Kalau harta yang kau rompak, aku boleh cari lagi. Tetapi bila buku aku yang kau rompak, bagaimana aku nak rujuk balik?

Perompak: "Hmm, bukankah kalau benar orang itu berilmu, ilmunya ada di dada & bukannya semata-mata di dalam buku? Sememangnya aku tidak tahu sebab aku bukan ilmuwan, tidak berilmu. Jika ilmu hanya dibuku, maksudnya ilmu tu dapat diaplikasikan bila kau ada kat depan buku je la ye?"


Sesiapa yang akan menduduki peperiksaan dalam masa yang terdekat ni,
moga Allah mengurniakan hanya yang terbaik.
Terbaik di mata manusia tidak semestinya terbaik di 'mata' Allah & terbaik di 'mata' Allah adalah semestinya terbaik untuk kita dunia akhirat. Confirm!
Konklusinya, buat sehabis baik Lillahitaala sebab grade di 'mata' Allah yang perlu kita kejar hanya,
REDHA ALLAH.
Berbanding grade dunia,
ada A+, A-, B+, B-, C+, C-, D+, D-, F
Banyak kan?
Teruskan untuk
USAHA DOA TAWAKKAL ツ


Takpe. Biarpun orang tak nampak apa kita buat, Allah tak pernah bosan untuk tenung kita.
Bergantunglah pada yang tidak pernah mati,
pada yang tidak pernah bosan dengan kerenah kita,
pada yang tidak pernah penat penuhi permintaan kita,
pada yang tidak pernah merungut bila kita membebel,
pada yang tidak pernah malas dengan luahan hati kita,
pada yang tidak pernah mengata kita,
pada yang tidak pernah mengantuk arrange hidup kita.
Yang tidak ada selain Dia, hanya Allah tempat kita berpaut & bertaut.

# the worst battle you have to fight is between what you 
know and what u feel !
I won't stop when I'm tired but I'm stop when
i'm done . #
# dunia dah nak tamat . so , jangan pernah penatttt !!!! #

p/s~ jangan lupe doakan kawan2 yang lain jugak ye .

Ummu Darda' rha meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud,

"Tiada seorang Muslim pun yang berdoa untuk saudaranya dari belakang, melainkan malaikat berkata kepadanya: 'Dan bagi kamu seperti apa yang kamu pinta untuk saudaramu' "(Riwayat Muslim no 2732)

Monday, 13 May 2013

KISAH DUA SAHABAT DAN SEPOHON KURMA


Pernah suatu hari, telah dikhabarkan kisah dua orang sahabat yang sangat indah.
Semenjak keduanya bersahabat, mereka tidak pernah bergaduh, masing-masing amat menjaga hati masing-masing. Indahnya lukisan kehidupan mereka, jika hendak dikhabarkan 1001 kisah cinta, langsung tak tertanding dengan kisah persahabatan mereka.

Allah menaungi ukhwah kedua-dua sahabat ini, langsung tak terusik oleh syaitan & iblis. Mereka berkongsi kisah suka & duka, tawa & tangis bersama, susah & senang, sakit & sihat bersama & segala sesuatu mereka sandarkan kepada Allah SWT. Hinggalah pada suatu hari, di tepian pantai, sedang keduanya asyik bercerita kisah hidup masing-masing, maka sahabat pertama bertanya kepada sahabat kedua;

“Semoga Allah memberkatimu wahai sahabatku sehati sejiwa. Persaudaraan kita bukan suatu kebanggaan, bukanlah suatu keseronokan. Orang ramai mendoakan kita. Tumbuh-tumbuhan & segala jenis makhluk tunduk sujud kepada kita. Sehingga ke hari ini, apakah kamu masih mengaku aku sebagai sahabat seperjuanganmu?”

Sahabat kedua menjawab, “Semoga Allah memberkati mu jua. Tanpa Allah siapalah aku, aku bersyukur dengan nikmat pemberian Allah yang tak ternilai di hadapan mataku ini. Dia utuskan kamu untuk menyinari hidupku, memadam kesan-kesan hitam dalam hidupku, menyiram aku dengan curahan air cinta kepada Yang Satu. Masakan tidak aku mengaku kau sebagai sahabat seperjuanganku. Inilah tekadku, aku amat bersyukur ke hadrat Allah kerana dikurniakan sahabat sepertimu..”

“Sesungguhnya iblis & syaitan amat benci pada kita. Mereka benci kerana kita berkasih sayang kerana Allah. Sampai sekarang, mereka masih gagal. Namun mereka tak pernah berputus asa. Jarum kedengkian, hasad, fitnah, tuduh-menuduh, riya’ & takbur serta ‘ujub akan mereka cucuk supaya dapat memisahkan persaudaraan kita.
Apakah kau tidak takut wahai sahabatku?” Tanya sahabat pertama.

Dengan tenang, sahabat kedua menjawab, “InsyaAllah, aku yakin dengan peliharaan Allah SWT kepada kita hingga ke hari akhirat nanti. Semoga ditetapkan hati kita tidak lain hanya kerana Allah SWT, serta dijauhi dari sifat-sifat tersebut. Na’uzubillah…”
Maka kedua-dua sahabat itu pun berdoa bersama-sama. Memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT. Segala penduduk langit & bumi mendoakan kebahagiaan mereka berdua.

Ditakdirkan pada suatu hari, sedang kedua-dua sahabat itu bersiar-siar di sebuah taman, sambil bertasbih memuji Allah SWT, mengagungkan kebesaran Allah SWT, tiba-tiba mereka terlihat sebuah pohon kurma yang lebat buahnya. Telah diketahui bahawa taman itu adalah taman yang tidak bertuan milik & pengunjung bebas memetik buah-buahan di situ.
Maka sahabat kedua memohon izin kepada sahabat pertama untuk pergi memetik buah kurma tersebut. Maka dipetiknya beberapa biji sahaja, sekadar mengisi perut yang lapar.

Maka keduanya menikmati buah kurma tersebut dengan penuh kesyukuran. Tiba-tiba sahabat pertama bersuara, “Maafkan aku sahabatku. Baru sahaja aku teringat bahawasanya pohon ini bertuan milik. Kita telah makan buah kurma milik orang lain. Adalah suatu dosa bagi kita memakan sesuatu yang bukan halal bagi kita tanpa kita meminta izin terlebih dahulu. Salah aku kerana terlambat memberitahumu.”

“Benarkah? Jikalau begitu, kita telah dikira mencuri.
Astaghfirullahal'azim, aku merasa bersalah kerana memetik buah itu.
Apa harus kita buat? Patutkah kita memberitahu tuan punya milik pohon tersebut akan kesalahan kita?” Sahabat kedua bertanya.

“Tidak, aku tak mampu memikirkan jalan penyelesaian buat masa sekarang.
Hakikatnya memang salah aku. Aku merasa berdosa yang teramat sangat.” Keluh sahabat pertama.

“Jangan risau sahabatku fillah. Allah bersama orang-orang yang benar. Kita harus berlaku jujur. Mari kita berjumpa dengan tuan pemilik pohon ini. Mudah-mudahan Allah mengampuni dosa kita. Moga tuan milik pohon ini menghalalkan kita kerana memakan buahnya. Aku rela bekerja seumur hidup jika disuruhnya begitu, demi menghalalkan apa yang telahku makan ini.
Aku lebih takutkan seksaan Allah SWT.” Sahabat kedua memujuk sahabat pertama.

Namun, sahabat pertama enggan menurut sahabat kedua.
Dia berasa amat bersalah kerana gagal memberitahu perkara sebenar tentang pohon tersebut.

“Bagaimana jika tuan pemilik pohon ini enggan menghalalkan buah yang telah kita makan ini?”
Tanya sahabat pertama.

Sahabat kedua termenung seketika. Dia mulai ragu-ragu.

“Aku mencadangkan kita tak perlu berjumpa dengan tuan pemilik pohon ini. Aku khuatir dia enggan memaafkan kita. Maka seluruh darah & daging kita tidak halal di sisi Allah.”
Sahabat pertama memberi cadangan.

“Kalau begitu, sama sahajalah pengakhirannya. Lebih dahsyat lagi Allah murka atas perbuatan kita.
Dia melihat perbuatan kita, Dia tahu yang kita telah melakukan maksiat dan cuba menyembunyikannya.
Aku amat takut. Seeloknya aku mencadangkan kita berjumpa tuan pemilik pohon ini. InsyaAllah dengan rahmat Allah, tuan pemilik pohon ini memaafkan & menghalalkan apa yang telah kita makan.
Aku tak mahu tergolong dalam kalangan orang yang dilaknat oleh Allah SWT di akhirat kelak nanti.” Sahabat kedua meyakinkan sahabat pertama.

“Kalau begitu, engkau pergi seoranglah. Aku tidak mahu. Sebagai sahabatku, harap kau jangan laporkan kepadanya yang aku turut sama makan buah kurma itu ya.
InsyaAllah suatu hari nanti aku akan cuba bertaubat kepada Allah SWT atas kesalahanku ini.
Mudah-mudahan Dia mengampuni aku. Aku belum cukup kuat berjumpa dengannya,”
kata sahabat pertama.

Sahabat kedua amat terkejut dengan pendirian sahabat pertama. Lalu dia berkata,
“Astaghfirullah, bukan dengan cara begini, Allah akan ampunkan dosa kita wahai sahabatku.
Kelak akan dipersaksikan di akhirat kelak akan perbuatan terkutuk kita!”

“Ya aku faham. Tapi aku merasakan inilah jalan penyelesaian terbaik. Kita bertaubat sahaja.
Allah akan mengampuni dosa kita. Pintu taubatnya sentiasa terbuka bagi hambaNya yang bertaubat kepadaNya.” Sahabat pertama masih enggan.

“Wahai sahabatku, janganlah kita dihina di hadapan Allah kelak atas perbuatan kita ini. Aku sebagai sahabatmu tidak sanggup melihat sahabatku ini menjadi penghuni neraka hanya kerana hal yang kecil sebegini. Islam mengajar kita supaya berlaku jujur!” tegas sahabat kedua.

“Ah, pedulikan! Aku tidak mahu berjumpa dengan tuan pemilik pohon ini. Lagipun sama sahaja kalau dia enggan menghalalkan apa yang telah kita lakukan ini.
Kau mahu pergi, kau pergilah, aku tetap dengan pendirianku! Biarkan aku! Kalau kau rasakan aku tidak layak menjadi sahabatmu kerana ‘dosa’ku pada pandanganmu, maka biarkan aku!”
Pengakuan sahabat pertama ini membuatkan sahabat kedua terkejut.
Dia tidak menyangka bahawa kata-kata tersebut akan keluar dari mulut sahabatnya itu.
Tiba-tiba sahabat kedua menangis. Maka dengan perlahan dia berkata kepada sahabat pertama,
“Sungguh aku tak sangka dengan pendirianmu ini. Kau telah berubah, astaghfirullah, syaitan benar-benar telah mempengaruhimu. Aku masih ingat kau pernah bertanya kepadaku suatu ketika dahulu, apakah aku tidak takut akan jarum-jarum syaitan yang akan memisahkan persaudaraan kita?
Aku meyakinkanmu dengan jawapanku. Aku yakin dengan peliharaan Allah.
Tapi, memang benar apa yang dikatakanmu. Kau telah berubah.
Jarum syaitan telah menusuki tubuhmu. Aku sangat kecewa dengan perubahan dalam dirimu.”

“Kau sudah tidak memahamiku lagi. Kau benar-benar bukan sahabatku.
Maka terpulanglah, pergilah kau kepada tuan si pemilik pohon.
Aku dengan pendirianku ini. Mulai hari ini, kita bukanlah sahabat sejati,” kata sahabat pertama.

“Baiklah, pergilah engkau dengan sikap engkau itu. Aku benar-benar kecewa.
Jika benar kau membenciku, maka tinggalkanlah aku di sini.
Aku tak sanggup melihatmu dengan pendirianmu ini. Aku tak rela sahabatku berubah jadi begini.
Kau telah mendustai kata-katamu suatu ketika dahulu.
Mulai hari ini, aku terima permintaanmu, kita bukan lagi sahabat.
Pergilah engkau bertaubat, semoga Allah mengampuni engkau,”
maka sahabat kedua menangis. Lalu sahabat pertama beredar dari situ.
Kebencian merajai segenap hatinya….

Di dalam sebuah gua, terdengar tangisan teresak-esak seorang lelaki. Suara laksana orang sedang berdoa.
“Ya Allah, memang benar apa yang aku alami. Sahabatku benar-benar membenciku kerana kejahatanku. Dia benar-benar sudah tidak mengakuiku sebagai sahabatnya.
Apabila aku berlagak seperti seorang pengkhianat & aku berlakon seperti seolah-olah aku menafikannya sebagai sahabatku, maka memang benar dia menolakku. Sudah ku duga bahawa dia mengakui aku sebagai sahabatnya hanya kerana kebaikan yang ada padaku.
Apabila aku jahat, maka aku bukan lagi sahabatnya. Dia tidak berusaha mendapatkanku. Ku harapkan dia mengejarku, namun dia menghukum aku sebagai pendusta pula.
Ya Allah, namun begitu, aku menghalalkan apa yang telah dimakannya, akulah pemilik pohon kurma itu, ampunilah dosa sahabatku ini.”
Sahabat pertama tunduk sujud dan menangis dalam gua yang gelap gelita itu.


# hope that u will never leave me alone even i'm doing a big mistake . ohh aniya ! stop me before i'm doing something wrong , pleasee... that's better . #
~note to myself too ~ 

Tuesday, 7 May 2013

~ I.S.L.A.M.I.T.U.M.U.D.A.H ~

"PERMUDAHKANLAH . JANGAN KAMU SUSAHKAN . JADILAH ORANG YANG MUDAH DAN SUKA MEMPERMUDAHKAN . "

I really loves that words . and I'll try to be the one . Insya-Allah . kenapa ? sebab Islam itu kan mudah . kenapa kita nak susahkan dan menyusahkan . kan ?


 Dulu-dulu kalau takde telekung je, rase buntu nak solat macam mane . Takde telekung, macam mane nak solat?

Dulu-dulu kalau singgah solat di masjid atau surau, mesti pilih telekung yang lawa-lawa, wangi-wangi. Kalau x,xnak pakai , kononkonon nanti bau terbawak bawak dalam solat.cari sampai jumpa yang bersih2 . xpown susah payah bawak telekung pegi mane-mane .

Dulu-dulu kalau solat di masjid atau surau, mesti aku yang paling last . Mesti yang paling akhir siap . Kalau boleh, muncung tudung tu nak tajam macam bucu roti tisu . Selagi muncung tudung bulat macam roti bom, selagi tu la dok ngadap cermin . Gigih betolkan tudung . Lipat telekung elok2 n masuk dalam beg .

Dulu-dulu kalau Ustaz Shahrul suruh solat pakai baju sekolah je xpayah pakai telekung , sekua bising2 . protes . xpuas hati .tak yakin bersih la . pakai telekung lagi bagus la . pakai telekung lagi selesa la . macam2 la alasan yang keluar .


hurmmm.
Ketiga-tiga situasi ni, kita  alami time sekolah menengah dulu. Tapi bila dah masuk matrik , ada something yang baru kema belajar dari student2 lain “Solat tanpa telekung.” Banyak pahala mereka. Tanpa perlu bersuara pun mereka mampu membiaskan sesuatu yang baik melalui perilaku mereka. Mudah je dapat pahala ;D .padahal dulu ustaz dah cuba untuk sampaikan dan biasakan kitaorg tapi masing2 tutup telinga , tutup mata , tutup hati .


Mula2 memang terasa janggal, rasa kurang selesa . Time solat rasa ternampak sana, ternampak sini. Tapi, lama2 Alhamdulillah. Mule timbul dalam hati, Islam bukan serumit yang disangka. Orang yang merumitkan adalah orang yang rugi . lama2 cuba pakai sesempurna mungkin supaya nak solat nanti senang . :D


Banyak yang kami belajar .
 Belajar untuk memakai pakaian yang boleh dibawa terus dalam solat . Bila sarungkan apa2 pown pakaian , soalan pertama yang muncul ," pakaian aku ni boleh guna untuk solat x ? " . kalau boleh ,thats mean u r covering ur aurat completely .
 Belajar untuk tidak merumitkan sesuatu keadaan walau kemana pun kami pergi . Belajar untuk menjadi wanita yang tidak mudah merungut . Belajar untuk sentiasa menjaga kebersihan & wudu’ supaya mudah tunaikan solat bila masuk waktu . Belajar untuk menghargai masa . Belajar untuk sentiasa mempelajari walau dari siapa pun .


Dalam Quran / Hadith , wanita tak disuruh untuk memakai tudung atau telekung tetapi wanita diwajibkan agar auratnya ditutup rapi . Bukan dengan tujuan untuk menyusahkan atau menghukum wanita tetapi untuk meletakkan maruah & darjat wanita di tempat yang tinggi . Di tempat yang sebetulnya .


Siapa kata haram pakai selendang , tudung jawa , tudung melayu , tudung siam , tudung bawal, tudung pari atau semua jenis tudung yang wujud sekarang ? Bidang 60 atau tudung bulat tue tidak diwajibkan pown dalam mana-mana Hadith. Bidang apa pun tak kisah asalkan sesuai dengan kita. Tak baik ye menghalalkan yang haram , mengharamkan yang halal. Pakai apa pun boleh asalkan penuhi 4 syarat pakai tudung ni . 
http://cikcahayabulan.blogspot.com/2012/10/assalamualaikum.html

 Senang je nak tau pakaian yang kita pakai okayy atau tak. Tengok depan cermin, tanya diri sendiri .

Hak menutup aurat bukan hak mereka yang belajar pengajian agama. Bukan hak asasi mereka yang tua tua. Bukan hak mutlak penceramah dan pendakwah . Menutup aurat adalah hak semua . Siapa yang tak tutup aurat maknanya dia tak menunaikan hak diri sendiri . Siapa yang tak tunaikan hak diri sendiri maknanya dia benci diri sendiri . Dia benci diri sendiri sebab sanggup letak risiko paling besar untuk jasadnya diseksa di neraka kelak . Kalau nak tahu, kecantikan sebenar terserlah bila seseorang itu menutup aurat biarpun muncung tudung tak setajam bucu roti tisu . Betul ni . Takkan nak tipu pulop ;D . tapi saya tetap nak tudung setajam bucu roti tisu . hehhehhe .

Isu pasal aurat ni , dah banyak kali dan akan sentiasa disebut2 . tapi ingat ye . memang isu aurat lebih kepada perempuan tetapi lelaki pown ade aurat yang kene ditutp kan . ! so 
untuk adik2 kema , joe, adik ! watch out ok !  i'm warning u !
and 
tabarruj ?
i'm still learning . sabar ye .

# jika kita MARAH pada seseorang , jangan sampai kita tidak nampak lagi KEBAIKANNYA dan jika kita SUKA pada seseorang jangan sampai kita tidak nampak KELEMAHANNYA . kalau ada yang MEMBENCI kamu , itu perkara BIASA kerana HIDUP ini bukan untuk membahagiakan SEMUA orang tetapi untuk mentaati PERINTAH TUHAN .

# besederhanalah dalam sesuatu melainkan pada yang SATU :D #



#  love isn't a decision . It's a feeling . It's doesn't comes with "rules" or instruction , It's just happen .Falling for someone has no rules or restriction . We fall not becoz we wanted to but becoz we felt that we have already fallen . ottoke ? #