Sunday, 11 June 2017

Trip ke CHENGDU : Part 1 (Sichuan Museum, Huanhuaxi Park, Du Fu Thatched Cottage)

Assalamualaikum and Hi !

So, the first trip to the attraction places in Chengdu is Sichuan Museum, Huanhuaxi Park, Du Fu Thatched Cottage. Kami pilih ketiga-tiga tempat ni untuk pergi dalam satu masa sebab semuanya dekat-dekat. Basically tempat-tempat yang kami pilih berdasarkan attraction maps yang ada dalam setiap bilik hotel.




Kami keluar dalam pukul 11 pagi dan balik hotel semula dalam pukul 3 petang. So total jam berjalan tiga-tiga tempat ni dalam 4 jam je termasuk makan.

Budget trip Part 2 ( for two person ) : 

1) Teksi ke Sichuan Muzeum = 30 Y
2) Sichuan Muzeum = FREE
3) Lunch di restoran halal = 37 Y
4) Shuttle di Huanhuaxi Park : 32 Y
( 8Y/trip/person .kami naik 2 trip. Trip 1 tengok park and then baru decide nak ke Du Fu Thatched Cottage.. kalau nak jimat, masa jalan-jalan tengok park tu, turun je terus di Du Fu Thatched Cottage.)
5) Teksi balik ke hotel = 22 Y
6) Snack + ice cream for sugar rush . hahaha = 31 Y

TOTAL = 152 Y 
* basically, memang kami letak bajet dalam 150 Yuan untuk trip ni. So , ok la. Untuk yang nak cut cost, boleh ambik shuttle bus instead of ambik teksi dan snacking tu beli dekat mart bawak bekal ok?



SICHUAN MUSEUM

The Sichuan Museum was founded in March 1941. In 1952, its name was changed from West Sichuan Museum to Sichuan Museum. It is an important landmark displaying the Suchuan Province's collection of cultural relics.





* teksi berhentikan kami di pintu masuk ni. Tapi tak boleh masuk ikut sini pun. Pintu masuk ni khas untuk group visit je. So jalan terus then belok kanan. Nanti jumpa tangga di sebelah kiri, naik tangga terus jumpa pintu masuk utama.

* pintu masuk utama Sichuan Museum

Dalam Sichuan Museum ni ada 3 level dan ada lebih kurang 8 atau 9 gallery diantaranya Gallery of Ceramics, Gallery of Bronze Ware in Sichuan Province, Art of Calligraphy and Painting dan lain-lain. Yang lain-lain dah lupa nak selfie sebab syok sangat tengok benda-benda pelik.huhuhu




*manusia @ patung?






So conclusion, berbaloi la pergi museum ni. Best walaupun kami bukanlah peminat sejarah dan brg2 antik tapi mostly we are impressed.

Ohh lupa pulak.

1.Masa nak masuk museum ni, kene check beg macam kat airport tu. 
2.Boleh ambik gambar but no flash.
3. Don't worry kat sini banayak tempat rehat dan kerusi-kerusi yang boleh duduk kalau penat. Restroom pun ada.

* rest lepas habis round 1 floor and 4 gallery

4. Boleh sewa stroller, payung dan kerusi roda.




5.Kedai cenderamata. Each floor pun ada jugak kedai-kedai jual cenderaamata ye.

 

*Ok dah jom ke next destination .

Masa kami keluar dari muzium ni dah tengah hari. perut pun lapar. Sambil berjalan nak ke Huanhuaxi Park, ternampak satu kedai makan halal. Harga pun murah dan sedap. 
Ok,bila keluar je muzium tadi,, jalan trus keluar pintu pagar besar muzium. Then, belok kiri. Jalan sikit, nanti nampak kedai makan ni di seberang jalan. Senang nak nampak sebab tulisan jawi halal dia besar. 


*37 Yuan



*nak order, tunjuk je gambar. Senang. Gambar besar means portion pun besar. Take note ye


HUANHUAXI PARK

Huanhuaxi Park ni betul-betul sebelah Sichuan Museum tadi. So lepas makan, kena lintas jalan semula ye. And jalan je terus sampai jumpa  Huanhuaxi Park. Tak jauh pun. Kat Huanhuaxi Park ni, ramai yang jalan kaki walaupun Park ni besar gila2. Yes, besar. So kami ambik shuttle sebab ibu mengandung kan. Rasanya kalau tak bawak perut ni boleh lagi redah jalan kaki. Dalam Huanhuaxi Park ni ada taman permainan, tempat camping, canteen, tempat memancing, Du Fu Thatched Cottage dll. Makanan halal pun ada jugak tapi cuma kebab la. Ada di gate pintu masa dan depan Du Fu Thatched Cottage kalau tak silap. Kat sini tak ada gambar pun sebab sibuk tgk Park and shuttle bergerak bergegar gambar kalau nak ambik pun.


DU FU THATCHED COTTAGE

Du Fu Thatched Cottage located in west downtown, is the former residence of Du Fu (A.D.712-770 ), a great Tang poet appraised as the "poetic saint" by later generation.


Nak masuk Du Fu Thatched Cottage ni, kena bei tiket ye. Tiket boleh beli di kaunter kiri kanan sebelum pintu masuk. Kami tak masuk sebab rasa agak mahal ( 60 Yuan /person) dan tak tertarik dengan apa yang ada kat dalam. =.=



*kaunter tiket


Di Chengdu bulan June ni musim summer. tapi cuaca tak la panas mana pun sebab panasnya still angin sejuk kuat. Tapi berdebu. Disarankan pakai mask. Kami tak pakai, so rasa macam kesihatan down jugak la. Trus sakit kepala dan berair hidung. Nak dapatkan teksi sangat senang sebab banyak je teksi yang lalu depan Du Fu Thatched Cottage ni.


DONE ! JOM BALIK HOTEL DAN REHAT.
InsyaAllah next week kita ke Hong Kong pulak ye. Stay tune!


No comments:

Post a Comment