Baru2 ni cek non buat roti jala. Dah alang2 masak kari ayam u, trus la buat roti jala. Macam x puas pulak mkn roti jalaa semlm... adunan je ceq buat, menjala nye en suami yyang mnjala. Huhuhu bila dgr husband dok ckp rindu mkn tu rindu mkn ni , mmg hti istri ni sedih. Tapi tapi tapi bila kita dh buat n akhirnya dgr dia kta "sedpnyeee. Dh xrindu dh " , Ya Allah bhgia nau2. Alhamdulillah. Walaupun xsama sebijik dgn msakan mak tpi yang penting kene penuhi selera dia.
Bahan bahan:
3 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
1 biji telur
3 cawan air/santan/susu segar (saya guna air dicampur sedikit santan)
Sedikit pewarna kuning
Cara-cara:
Blendkan semua bahan di atas hingga sebati. Kalau nak tahu adunan dah boleh dijala atau belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat. Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala.
Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung.
Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kuah kari ayam . Sesuai untuk open house sebab walaupun sampai ke petang roti jala tu tetap lembut seperti baru dimasak. Cubalah.
#dapurakhma
No comments:
Post a Comment