Monday, 26 June 2017

TRIP KE CHENGDU PART 3 : People's Park & Jinli Street Market

Assalamualaikum.

SELAMAT HARI RAYA dari kami di bumi China. Maaf zahir batin dari kami suami isteri.

Raya kami di Chengdu sudah tentu tak semeriah raya di Malaysia. Maklum la, golongan Islam kat sini kan golongan minoriti. Pagi raya, kami solat sunat raya di bilik je sama-sama sebab masjid jauh. Tak ada lauk raya, tak ada zarah menziarah, tak ada baju raya pun. πŸ˜‚.

Disebabkan dah lama kami di Chengdu, agak bosan jugak la sebab rutin sama setiap hari dan setiap minggu. Jadi triphujung minggu kami kali ni, kami pilih untuk ke People's Parks dan Jinli Street Market. Perjalanan ke dua-dua tempat ambil masa dalam lebih kurang 10-15 minit naik kereta. Kami ambil teksi je dari hotel, kalau jalan kaki jauh jugak tu mungkin lebih setengah jam.

1. People's Park

People's Park ni sesuai untuk aktiviti santai-santai makan angin. Jalan kaki je pum boleh untuk tengok apa yang ada, tak perlu naik shuttle pun.

*Macam biasa, setiap park ada peta ni. Nampak mcm besar kan tapi tak la sebesar park yg kami pergi sebelum ni.

Kat sini banyak taman-taman bunga, kolam ikan, peninggalan bangunan bersejarah dan boleh join aktiviti2 yang ada contohnya menari.


*Ada child playground ala-ala fun fair kat malaysia untuk kanak-kanak.


*Ada sand painting, oil painting and ceramic painting juga.

*Dah nk jadi mommy pun, still tak boleh get over benda2 mcm ni. Confirm excited. 




Antara makanan yang selalu jumpa dekat market dan park ialah ukiran madu. Cantik. Setiap kali nmpk, confirm stop and belek2.


*40 yuan untuk design ni. Ingat nak beli bg hadiah pada tauke kedai cina muslim yang selalu bg kami mkn free tiap2 hari, tapi takut tak sempat sampai bilik hotel dah tak de rupa je.


*Taman bunga yang aku ingat, bonsai, cysanthemum, yang lain tak ingat sebab banyak sangat. Hahahhha.



*kolam ikan koi. Boleh beli mknn ikan dan feeding.


*Kat belakang tu ada group yang tgh menari. Seronok tgk depa. Kebanyakkan nya yang menari tu ialah org2 tua yang dah berumur pun tapi nampak romantik giler bila menari ala2 latin sama2😍.




*kami nak balik raya!!!

*Ok jom g shopping pulak.πŸ’ƒπŸ‘―πŸ’ƒπŸ‘―


2. Jinli Street Market


Jinli Street Market ni buka 24 jam. Tapi dinasihatkan dtg la awal.pagi dalam pukul 8 atau 9 sebab tengah hari dh ramai sgt org dan sesak.  Sebelah Jinli Street Market ni ada Wuhou Temple  dlm 350 meter jaraknya dan Wuhouci Museum. Wuhouci Museum nak masuk kena bayar 60 yuan, jadi kami tak masuk😁.


Jinli Street Market ni banyak eksesori perempuan, pakaian dari sutera dan sulaman tgn dan paling banyak ialah makanan.

*Uncle kedai monopod murah. πŸ˜…

*Dia nak keychain tapi tak dop

*Kedai handbag berkualiti, sulam, sutera original tapi murahπŸ˜‰

*Kedai brg kemas dari mutiara. Boleh tgk prosesnya dari ambik mutiara mentah, hen depa gilap  jadikan bentuk cantik2. Quite cheap tapi tak beli sebab tak adaa design yang berkenan kat hati😝

*Semangat dia pilih umtuk buatkan gelang untuk aku. 1Yuan untuk sebiji. 

*Dia tgh confius bayangkan outcome.hhahhahhaha. i love you daddy😘😘.tapi last2 tak beli pun sebab mcm tak sesuai dgn kulit malap I niπŸ˜‚

*Satu-satunya kedai yang jual seafood dan tak ada daging. Ikan, sotong, tauhu and telur. Boleh la tahan tapi kalau tekak melayu tu jadi tak berapa sedap jugak la.

Hasil tangkapan. I'm a happy wifeeeeeeeeeee. 😝. Yang besau tu je den punya. Yang lain hadiah untuk mak2. Bunga biru tu sebenarnya gula2. Macam gula2 kapas tu tapi dia keras. Ada la adegan propose depan kedai tadi😜. 

*Dah, moh balik bang sebbeluum tumit kaki masing2 meletup.😴

No comments:

Post a Comment