Mampukah aku menjadi seperti Khadijah.?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan Fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah senang rela bersama
Dapatkah kudidik jiwa seperti Aishah.?
Isteri Rasulullah yang bijaksana
Pendorong tatkala kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan
Lantaran keikhlasan yang sentiasa bersarang
Mengalir air mataku
Melihat pengorbanan puteri solehah Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan ayahandanya yang sentiasa berjuang
Tiada sebarang harta dunia
Layaklah dia penghulu wanita syurga
Ketika aku marah
Ingin kuintip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah
Mampukah aku menjadi wanita solehah seperti mereka.?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah..
Ke hadrat Allah ku panjatkan doa, mohon seluruh jasad dan imanku
dipelihara-Nya dan ku mahu kau juga dilindungi-Nya. Apa khabar imanmu?
Apa khabar akhlakmu?
Aku diuji dengan kaummu. , aku berjalan terus ke hadapan
tanpa menoleh lagi namun aku hnya manusia biasa..yg sedang berusaha
merperbaiki diri supya mjadi yg lebih baik.. Jika engkau
memikirkan kesempurnaan dariku, usah lah engkau berharap lebih. Kerana
aku hanyalah seorang wanita akhir zaman yang punya secebis harapan untuk
mencintai kamu.
ttpi alhamdulillah... Di sini, aku masih punya sahabat yang menjagaku dan pastinya aku sendiri yang akan menjagaku sendiri.
Maafkan
aku andai ikhtilatku tidak terjaga, maafkan aku andai aku terlalai
seketika dalam perjuangan melawan nafsu. Maafkan aku. Aku masih berharap
kekuatan untuk itu.
Aku melihat orang-orang yang
soleh memperjuangkan kata-katanya. Tetapi mereka sendiri diuji dengan
apa yang mereka dakwahkan. Aku mengetahui cinta itu satu fitrah, tetapi
kenapa mereka sendiri mencalarkannya. Aku bimbang aku juga akan
melakukannya tanpa sedar. Bila-bila masa Allah akan mengujiku kembali.
Doakan kekuatan buatku untuk terus menjaga hati. Doakan aku supaya aku
terpelihara. Doakan agar aku sentiasa dalam rahmat-Nya dan redha-Nya.
Dan doakan agar aku sentiasa terpelihara dalam hidayah-Nya.
Andainya kamu adalah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti
mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita
berpandangan kelak.. Bahagia itu pasti menjadi milik kita, itu janji
Allah..
Aku sayang kamu kerana Allah…”
#Sesungguhnya
tugas pertama ku bukan mencari diri mu tapi mensolehahkan diri ku.
Sukar untuk mencari soleh diri mu andai solehah ku tidak setanding
dengan kesolehan mu. Janji Allah pasti ku pegang dalam misi mencari diri
mu.#
~selit-selit~:
BUDAK MUDA BERCOUPLE suka menyebut soal 'HAK'..lelaki itu 'hak' dia
sebab dah jadi "BOYFREN" dia..perempuan itu 'hak' dia sebab dah jadi
"GIRLFREN" dia..bila ada yang kacau 'hak' tersebut, BERLAKULAH
PERGADUHAN sesama mereka..
LELAKI BERGADUH sampai BERTUMBUK-TUMBUK..PEREMPUAN BERGADUH sampai TARIK-TARIK RAMBUT..
DENGAR
SINI ANAK MUDA, sebelum bising 'MEMPERTAHANKAN HAK' kamu, cuba PERIKSA
balik :♥ Perempuan itu HAK BAPA dia, kalau mahu dapat hak tersebut..SILA
BERJUMPA dengan bapanya terlebih dulu..♥ Lelaki itu HAK IBU dia, sudah
cukup tertunaikah TANGGUNGJAWAB dia sebagai ANAK LELAKI kepada ibunya
sendiri?
Jika tidak, JANGAN SIBUK sangat bercerita pasal
'hak', jika hak yang sepatutnya TIDAK KAMU TUNAIKAN..HAK ALLAH pun masih
belum TERJAGA, berani benar menyebut pasal hak .
# semua dah besar kan . jadilah pandai sikit :D #
No comments:
Post a Comment