Saya sentiasa mencari makna “ukhuwahfillah”, yang bermaksud “ukhuwah kerana
Allah”, dan “uhibbukifillah”, bermaksud “saya sayang kamu kerana Allah”. . Secara jujurnya, ada antara perkataan yang diucapkan
itu betul-betul menyentuh hati, dan ada juga yang hanya sekadar dibawa angin.
Tetapi, apa yang pasti, saya sangat yakin sesuatu ungkapan itu,
jika
diungkapkan dari hati, ianya pasti menyentuh hati si penerima!
Ada yang mengeluarkan perkataan
’ukhuwahfillah’, tetapi ianya hanya terungkap apabila masing-masing berada
dalam kumpulan yang sama. Apabila sahabat ini bukan lagi dalam kumpulan yang
sama, hilang sudah ungkapan ‘ukhuwahfillah’ itu. Ada pula ‘uhibbukifillah’
ketika dalam keadaan masing-masing tengah gembira. Apabila sahabat itu
bersedih, ‘uhibbukifillah’ itu menjadi suram, sesuram muka sahabat yang sedang
bersedih. Semua ini saya perhatikan, langsung terlintas di fikiran saya, “Betul
ke ini sebenarnya “ukhuwahfillah”, “uhibbukifillah”?
Tipu!”
Dek kerana pengalaman yang banyak
mengajar, sukar untuk saya melafazkan ungkapan ‘uhibbukifillah’,
‘ukhuwahfillah’ itu. Kerana, saya bimbang diri sendiri terjerat oleh lidah yang
lancar menuturkan kata-kata. Kata-kata yang keluar tanpa disertakan dengan roh
“..kerana Allah Ta’ala” itu. Tapi itu tidak bermakna saya tidak sayang
pada sahabat-sahabat sekeliling, cuma saya mahu berhati-hati dalam perkataan
yang dikeluarkan. Kelak,
lidah ini yang akan disoal oleh
Allah SWT, sejauh mana diri ini
‘wallk the talk’.
Perkataan “…kerana Allah” itu
sendiri membuatkan saya bermonolog dalaman.
“Berat tu…sebab ianya ‘kerana
Allah Ta’ala’…”.
Kemudian, saya bertanya kepada diri,
“Kenapa kau kata
berat?”.
Diri menjawab,
“Sebab kadang-kadang kita lupa apa yang kita buat
tu perlulah di niatkan ‘kerana Allah Ta’ala’..”.
Melihat sahabat membuat
kesalahan, hati terkadang takut untuk menegur,
kerana?
Mahu jaga hati.
Saya
terfikir,
“Tak boleh ke sambil jaga hati tu, sambil tu kita jaga juga
sahabat kita daripada melakukan sesuatu yang dilarang Allah?”..”
Boleh!
Cuma
perlu lebih mujahadah.
Yakin pada pertolongan Allah SWT!”
Apa yang saya faham dengan frasa “…kerana Allah Ta’ala” tersebut? Saya
selalu berfikir tentang frasa tersebut. Saya berpegang pada satu jawapan, “Melakukan
sesuatu kerana Allah Ta’ala itu adalah, apabila anda melakukannya, ianya
mendapat ganjaran pahala, redha dan keberkatan-Nya.” Itu yang saya pegang.
Macam mana tu?
Masa berjalan, dan semestinya hidup manusia ini penuh dengan ujian dan cabaran.
Disebut oleh-Nya dalam Al-Quran, pada Surah Al-Mulk, ayat 2,
“Yang menciptakan mati dan hidup,
untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia
Mahaperkasa, Maha Pengampun,”
Aabila saya nak mengur kawan2 yang saya sayang ney,
saya selalu ingatkan diri sendiri..
kema,
“Tegur kerana kau
sayangkan sahabat kau, kerana Allah SWT! Jadi, teguran tu kenalah keluar dari
hati yang betul-betul ikhlas, untuk membetulkan kesalahan. Bukannya teguran
memerli yang akhirnya akan menimbulkan kebencian di hati sahabat.Dan kau juga kene bersedia menerima teguran secara berlapang dada dan ikhlas..Baru fair.! ”
Ukhuwahfillah, disandarkan kerana Allah SWT. Pada saya sesuatu yang disandarkan
pada Allah SWT itu adalah suatu yang suci, jauh daripada noda dosa. Sekaligus,
ia sebenarnya adalah sejauh mana kita mahu bersama-sama sahabat kita dalam
mencapai redha Allah SWT, yang akhirnya syurga Allah menjadi tempat tujuan
bersama.
--------------------------------------------------------------------------
Bagaimana saya terinspirasi tentang ukhuwahfillah, uhibbukifillah ini?
sejauh mana saya berusaha untuk bersama-sama rakan-rakan saya, dalam menuju
syurga Allah? Sedangkan saya kata, saya sayang mereka kerana Allah.Ya,saya nak meniti ke jalan ke syurga dgn sahabat2 saya..Saya gembira bersama mereka di dunia,
jadi saya nak berjumpa dan hidup dgn mereka di syurga jugak !.
Insya-Allah, daripada Allah SWT juga segalanya!
p/s~khamis malam Jumaat bru2 ney,kami gugurlz SCSB bukak puasa sama2,jemaah sama2,n bce Yaasin sama2..
Masha-Allah..
terasa kemanisannya..
Sweet sangat..
Insya-Allah kami akan cuba istiqamah..
supaya hati2 kami lebih kuat bersatu..!
No comments:
Post a Comment