tadi Adda dtg bilik ajak practise silat,
ok,
terpana jap..
tp on jew,
eh kema xstory2 lagi eh pasal kema join silat??
kema join silat cekak malaysia!
niatnye nk sambung silat sendeng yang separuh jalan dulu tp kat sini ada silat gayung and silat cekak je..
tue pown boleh la..
tapi...
knp la nk practice2 bagai ney,
sebabnye,
kitaowg selalu buat salah,
selalu tertukar step,
n masih xcekap lgi..
yang tak tahan tue,
sebab kitaowg selalu kene ngentoi ngan senior kitaowg,,
lelaki la for sure..
dia selalu mengajuk setiap step ktowg yang salah 2,
pas tu sume budak2 laki mesti bahan gelak la kat kitaowg..
ishhh geram betol!!
rse nk bg je penumbuk betol2 kat muka dye,
tpi jgn mimpi la kema,
dia tue jauh lagi hebat tao,
siap boleh jadi tenaga pengajar lagi,
dalam mimpi pown belum tentu dapat tao..
ok forget it,,
maybe jugak sebab kitaowg berdua jew yang perempuannye dalam group 2,
tue yang asyik kene je tue,
so we need to practise and move on!!
tak nak la asyik kene je lagi..
haih~
tapi apa2 pown,
I still want to learn it!
sampai habis!
sebabnya xlain n xbukan,
I want to protect me,myself,
and the people around me,
that I love<3..
that's my responsible..
:D
sebenarnya,
dari mula2 masuk UTM ney,
bnyk sangat bende yang kema nk belajar,
kalau boleh kema nak belajar and buat sume bende yang kema x penah buat sebelum nye..
tp yang paling penting sekali kema nak belajar 3 bende ney,.
1-tunggang kuda
2-berenang
3-memanah
sebabnya ~~~~
HADITH Rasulullah SAW bersabda:
“Lemparkanlah (panah) dan tunggangilah
(kuda).”(Riwayat Muslim)
“Ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan
memanah” (Riwayat Sahih Bukhari/Muslim)
kat sini memang ada kuda,
nk belajar pown boleh,
tiap2 minggu selalu tgok Yana g main ngan kuda,
sampai kaki yana kene pijak ngan kuda la..
hek3..
mcm2,
mula2 nk join sebagai kelab,
tpi sebab dah join SRM n silat ,
postpone dulu la..
xpe,
I have 4 years to go here..:D
sama jugak ngan berenang,
tapi berenang prob sikit la,
first,sebab kene pakai bju renang,
mmg la ada bju renang yang muslimah yang tutup aurat katanya,
but for me,
baju tue xtutup aurat langsung kowt..
faham2 je la ye..
law xfham bleh la rajin2 komen tanya kat bawah nanti..:D
secondnye,
coach nye xtau lelaki or perempun..
hurmmm...
yang ketiga,
katanya kolam renang kat UTM ney open la jugak,
so kalau coach perempuan n trainingnye diasingkan pun,
tetap orang lain boleh nmpak..
INAGT!!!
MATLAMAT TAK MENGHALALKAN CARA!!
xpe la..
I'll find another way..
contohnye,,
hehehehe,
belajar ngan my future husband ke kan,,
tue pown boleh jugak..
hakhakhakhak,
kema3!
tapi suke sangat3 bila tgk SHEIKH MUZAFAR ajar anak dia yang umur baru 10BULAN BERENANG!!
woahhh soo sweet laaa...
tao x citer ney,
kalaw xtao jom tgk gmbar dyeowg..:D
comey kan mereka..
kalau nak tao lebih lanjut apa yang SHEIKH MUZAFAR and isteri beliau cakap pasal ney,
boleh la jenguk2 kat link2 kat bawah ney pulak..
ok next,
memanah pown dgr2 ada jugak tp I still can't find it...
tak pe,
Insya-allah ada rezeki kite buat sume2 tue ye..:D
errmm ney ada la sikit2 info about my wishlist tue..nk buat something mesti la nk tao apa kelebihan yang ada kan..
Berkuda
Berkuda amat baik untuk kesihatan manusia. Seluruh anggota tubuh badan dari kepala hingga ke kaki, dari fizikal hingga mental akan mendapat manfaatnya.
Bentuk lekuk badan belakang kuda – tempat di tunggang- baik untuk merawat segala masalah tulang belakang manusia. Semasa pergerakan galloping iaitu cara rentak kuda melompat dan berlari, menyebabkan vetebra tulang belakang manusia bergesel antara satu sama lain dalam keadaan harmoni, dan meransang saraf-saraf tulang belakang, seolah-olah diurut, sedangkan pakar chiropraktik pun tidak mampu berbuat seperti gerakan natural tulang-tulang veterbra semasa orang menunggang kuda. Seluruh anggota : tulang rangka, otot-otot, organ-organ viseral – termasuklah sistem penghadaman, sistem saraf, sistem voluntary mahupun involuntary, organ perkumuhan, malah geseran kepada organ-organ seksual akan teransang secara optimum untuk menjadi semakin sihat. Penunggang kuda yang hebat selalunya bebas dari mengalami sakit belakang atau ’ter’gelumang dengan tabiat-tabiat seks yang di luar tabie. Selain itu menunggang kuda turut mencerahkan mata sebab terdapat ransangan terhadap saraf kranial semasa gerakan ‘galloping’ kuda. Memanah
Melatih emosi dan fizikal untuk meletakkan target pada sasaran. Memanah sangat menitik beratkan body balancing. Maka jika pemanah emosinya tertekan, maka panahan amat mudah tersasar. Secara tidak langsung, sukan ini melatih manusia bertenang dan menstabilkan emosi.
Individu yang tidak tenang, gopoh, pemarah, kurang sabar atau kurang sihat mentalnya tidak akan menjadi pemanah yang baik. Perbuatan melenturkan anak panah di busurnya, kemudian melepaskannya perlu satu kekuatan fizikal, sukan ini juga satu latihan holistik kepada diri seseorang dari segi fizikal dan mental. Bersabda Rasulullah SAW, ” Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.” (Riwayat Bazzar, dan Thabarani dengan sanad yang baik) Berenang
Semasa berenang, mental, fizikal, segala otot dan tulang rangka digerakkan untuk membuat satu gerakan yang berkoordinasi antara dua anggota kaki dan dua anggota tangan, selain meransang stamina ( sistem kardiovaskular )
Berenang juga memberi peluang manusia untuk menguasai air serta menjadi berani. Islam menggalakkan umatnya bersukan sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w, Orang mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih Allah kasihi daripada mukmin yang lemah.(riwayat Muslim) Baginda juga pernah bergusti dengan ahli gusti kafir Quraisy, Rukanah bin Abu Yazid bin Hashim. Peristiwa itu berlaku bila mana Rasulullah diminta membuktikan mukjizatnya. Syarat pertandingan itu ialah jika Rasulullah menang, Rukamah akan memeluk Islam. Akhirnya, Rasulullah memenangi pertandingan gusti yang diadakan tiga pusingan itu. Dalam peristiwa lain, Rasulullah pernah berlumba lari dengan isterinya, Saidatina Aishah. Semua ini membuktikan yang Islam mengharuskan kita bersukan. Pepatah Arab juga menyebut ‘otak yang cerdas datangnya dari badan yang sihat’.
Ini semua semenangnya selaras dengan kajian saintifik yang menganjurkan kesihatan melalui sukan.
Tiap-tiap sesuatu yang bukan zikrullah berarti permainan dan kelalaian, kecuali empat perkara: (1) Seorang laki-laki berjalan antara dua sasaran (untuk memanah). (2) Seorang yang mendidik kudanya. (3) Bermain-mainnya seseorang dengan isterinya. (4) Belajar berenang.” (Riwayat Thabarani) Dan ia bersabda: “Kuda itu ada tiga macam: kuda Allah, kuda manusia dan kuda syaitan.Adapun kuda Allah ialah kuda yang disediakan untuk berperang di jalan Allah, maka makanannya, kotorannya, kencingnya dan apanya saja – mempunyai beberapa kebaikan. Adapun kuda syaitan, iaitu kuda yang dipakai untuk berjudi atau untuk dibuat pertaruhan, dan adapun kuda manusia, iaitu kuda yang diikat oleh manusia, ia mengharapkan perutnya (hasilnya), sebagai usaha untuk memenuhi keperluannya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim ) |
No comments:
Post a Comment