Wednesday, 10 October 2012

< !! 4 SyARaT pAKaI TuDuNg !! >



ASSALAMUALAIKUM..

Kat bawah ni KEMA ada tulis sedikit pasal apa yang Ustaz Don 

terangkan kat dalam video nih..boleh la baca sambil tengok 

video..Harap memberi manfaat..

NEY LINK DYE YE

http://www.youtube.com/watch?v=2vrxzIOWYbU&feature=share

tgk la video 2..best tau..

confirm xbosan..
kelakar ad la...






"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman 

supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang 

haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka 

memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir 

daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher 

bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka 

memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami 

mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak

 mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka 

atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi 

saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-

perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari 

orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada 

perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang 

aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk

 diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka 

dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang 

yang beriman, supaya kamu berjaya."


( An Nur : 31 )

4 Syarat Bertudung

1.  وليضربن dan ولايضربن بارجلهن 

 (Jangan hentakkan kaki kamu) 

-Kain Tudung Berjuntai Ke Bawah

Kain tudung yang dipakai mesti la terjuntai@melabuh jatuh ke 

bawah..Bukan ke atas..Bermakna apabila kita pakai tudung tu, 

tudung tu memberat ke bawah dan menutupi bahagian depan dan 

belakang badan..So apabila kita tunduk, orang tak kan nampak 

belahan leher baju n etc..Kalau angin tiup pun,boleh nak cover lagi

 la..

2. بخمرهن (Terselindung)

Kalau kita nak selindung atau sembunyikan sesuatu, benda yang

 menutupi mesti la yang tak jarang kan? Lain kata

 transparent..Kalau jarang, nun dari jauh dah nampak bayang-

bayang benda yang  kita disembunyikan..Bermakna kain tudung 

yang kita pakai mestilah tak jarang..Bukan tudung ja, baju pun

 sama..Dan yang ramai orang tak sedar adalan kain telekung 

kita..Selalunya kita tengok kain telekung yang jarang kan? Konon 

beli yang nipis macam plastik atau yang licin nylon tu boleh lipat 

kecik-kecik..mudah nak bawak kalau nak pergi travel jauh-jauh, 

jimat ruang.. Tapi mana sah solat kalau kita pakai telekung yang 

boleh nampak badan atau telinga kita..(Gilo po solat tak pakai baju 

sampai boleh nampak badan..)..Rambut pun sama, kang tengah 

solat, rambut elok je tembus kain telekung tu..dah solat kita tak sah 

tanpa kita sedar..iye dak?

Longgar

Kain tudung tu mestilah longgar..Ni zaman sekarang sumenya gigih

 nak lilit kepala sampai nampak saiz kepala gajah..Trent sekarang 

pakai tudung nak nampak sanggul..Yang xde sanggul pun gigih la 

pegi beli tudung yang ada sanggul tipu tuh..


Rasulullah S.A.W bersabda:

“Dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum 

pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa 

cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul 

manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti 

bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok,

 kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang 

bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau 

mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak 

perjalanan begitu dan begini” 


(HR : Muslim. Hadith no 212.)

Tersembunyi

Bila pakai tudung, telinga tak boleh nampak..Bentuk pun tak boleh 

nampak..bukan setakat anggota yang telinga tu je, semua yang patut

 ditutup la..



3. على (Atas)

Atas..Bermakna diluar..Bukannya pakai di dalam..Contoh yang 

paling mudah, pengantin zaman sekarang suka sangat pakai tudung 

masuk dalam baju..So dada mudah dilihat..Kenapa sebelum 

kawen,molek je tutup dada tapi bila time kawen, nak masukkan 

dalam baju..Kononnya nak nampak fit,kemas tapi dosa sudah

 sampai time tu..Beware..

4. جيوبهن (Dada)

Atas dada..Makna atas dada bukanlah atas dada bawah leher..Tapi 

ATAS BAHAGIAN DADA..tudung dilabuhkan ke bawah melebihi 

dada dan atas pusat..Nak mudah, masa kita solat selepas kita takbir, 

kan kita letak tangan atas daripada pusat..Jadi itulah takat yang 

sesuai untuk wanita memakai tudung..melebihi dada atas pusat..



Ustaz kata, tak kisah kita nak pakai tudung jenis fesyen ape pun 

asalkan menepati, memenuhi 4 syarat nih..Rasulullah SAW juga tak

 kata mana-mana jenis tudung yang paling elok..Cuma Rasulullah 

SAW mahu wanita mengikuti 4 syarat ni..









2 comments: