Tuesday, 13 September 2016

Resepi Rendang Ayam


Rendang ayam raya dh hbis. Mcam tak puas pulak mkn rendang  raya dah habis baru nak upload resepi.hhahah. Happy cooking girls.. 

Ni resepi main campak2 rendang ayam.




Bahan-bahan:

1 ekor ayam
1 kilo santan - guna 1 santan kotak
2 sudu besar kerisik-kalau nk rendang berkuah letak 1 paket n air lebih sikit
2 helai daun kunyit - dihiris halus
Minyak untuk menumis
Garam 
Gula/gula merah 
Asam keping

Bahan kisar:

20 tangkai cili kering - guna 4 sudu besar cili kisar
2 labu bawang besar
6-8 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
4 batang serai
3 inci halia
3 inci lengkuas
2 biji buah keras
Lada kecik kalau suka pedas

Cara-cara:

Tumis bahan dikisar hingga naik bau dan pecah minyak. Masukkan ayam dan biarkan sehingga ayam agak kecut dan kering airnya, baru masukkan santan. Terus masak dengan api kecil sehingga pekat dan pecah minyak. Masukkan kerisik, garam, gula dan asam keping. Akhir sekali, masukkan daun kunyit dan bolehlah ditutup api.

#dapurakhma



Wednesday, 20 July 2016

Roti Jala Mudah Yang Kekal Lembut

Assalamualaikum . 

Baru2 ni cek non buat roti jala. Dah alang2 masak kari ayam u, trus la buat roti jala. Macam x puas pulak mkn roti jalaa semlm... adunan je ceq buat, menjala nye en suami yyang mnjala. Huhuhu bila dgr husband dok ckp rindu mkn tu rindu mkn ni , mmg hti istri ni sedih. Tapi tapi tapi bila kita dh buat n akhirnya dgr dia kta "sedpnyeee. Dh xrindu dh " , Ya Allah bhgia nau2. Alhamdulillah. Walaupun xsama sebijik dgn msakan mak tpi yang penting kene penuhi selera dia. 




Bahan bahan:
3 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
1 biji telur
3 cawan air/santan/susu segar (saya guna air dicampur sedikit santan)
Sedikit pewarna kuning

Cara-cara:
Blendkan semua bahan di atas hingga sebati. Kalau nak tahu adunan dah boleh dijala atau belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat. Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala.

Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung.

Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kuah kari ayam . Sesuai untuk open house sebab walaupun sampai ke petang roti jala tu tetap lembut seperti baru dimasak. Cubalah.



#dapurakhma



Nasi ayam penyek home made


Nasi ayam penyek home made. Luckily meet m y husband expectation smabal tu . Makan dengan nasi putih panas2 pehhh .hahahha but still xleh kalahkna nasi ayam penyet wong solo. So blik raya n wajib singgah wong solo. Hahahah 

-Perapan ayam-

1)2 biji bwng besar,9 ulas bwng puteh,4 batang serai,2 inci halia
*di blander 

2) bahan di blander..gaul bersama ayam sehingga rata

3) 2 sudu jintan puteh,2 sudu jintan manis,2 sudu serbuk kari babas,2 sudu serbuk cili babas - di gaulkan bersama ayam sehingga rata

4)masukan gula dan garam kemudian perap 1 jam

5)3 biji telur kemudian kacau sehingga rata

6) tepung ayam goreng

7)masukan ayam di perap ke dlm telur

8)gaul bersama tepung sehingga rata

9)goreng dengan minyak yang banyak 

-Cara membuat sambal-

1) blend 5 batang cili basah,segenggam cili padi, 2 biji bawang bsr,5 ulas bwng puteh,5 inci belacan, sedikit ika bilis

2) tumbuk 3 biji tomato dan asingkan

3)tumis kan bahan di kisar dengan minyak

4) masukkan tomato yang dah ditumbuk

5) masukkan gula dan garam secukup rasa

6)tumis sehingga garing dan pecah minyak
*hidang bersma ulam2. 

Dah siap !!!

 #dapurakhma

Resepi Aglio Olio Daging




Our version of aglio olio.

1. rebus dulu spaghetti tu.. sementara tunggu spageti tu lembut,prepare bahan2 untuk tumis .bwg besar ,bawang putih,lada kecik(wajib bg akmi sebb kami memang suka pedas,xnk buh pun xpe). Spageti klu dh siap,toskan.. 

2.Panaskan 2 sudu besar butter/ minyak olive oil/ minyak jagung/ minyak biasa pun boleh.. 

3.Tumis bawang putih dgn bawang besar td sampai layu.. bkn sampai hangit tau..

4.Kemudian masukkan daging cincang yang dh direbus. Originalnye guna seafood but since husband suka dging,so gntikan dgn daging.. kacau lg.. 

5.Masukkan spaghetti.. serbuk lada hitam.. cili kering / cili flakes.. garam jgn lupa lak.. 

~ Gaul2 lg dan siappp.. nak taruk sayur2 yg bersesuaian pun boleh.. suka hati korang le.

#dapurakhma




Resipi Macaroni Goreng Simple Ala-Ala Melayu



Assalamualaikum... Just a quick update pasal resipi. Semestinya paling mudah dann sedapp. Selamat mencuba !. 






Just a simple dinner . Simple but satisfied when see him eating happily.. Kalau cmpk2 je menjadi la sgt.kalau beriya2 mesti tak jd . Hahahaha. 


1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bahan2 tumis yang dah dipotong2- bawang putih, bawang besar/ bwg merah and cili padi sampai naik bau. 


2. Masukkan cili kering yang dah di blend ( yang ni memang sentiasa ada dalam peti ais. Sgt senang nk memasak n tumis ape2 bila dah blend n simpan siap2 lada kering ni.petua mama i.tq mama) 


3. Bila lada dah masak, masukkan sos tiram. Agak2 je bnyak mane .jgn bnyak sgt nnti manis. 


4. Masukkan sayur2 and daging cincang yang dah direbus. 

5. Perasakan dengan garam and masukkn macaroni yang dah siap direbus n tos. (Nak bubuh kiub pati ayam pun boleh,lagi sedap tpi kene ingat yang kiub tu tinggi msg) 

Siap!!