Friday 15 March 2013

! Lelaki DULU dan KINI !

ko ni chi wa !!!

hurmmm ayik bckap pasal perempuan je kan ,
so jom ckp pasal lelaki pulak .
 nak ???

Dulu,
Bila disebut Lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami Asadullah, Saifullah
Tokoh ramai tak terkira

Kini,
Bila disebut lelaki,
wanitanya menunduk lemah
Tokoh kami sedikit sekali
Ramainya, boneka yahudi

Dulu,
Bila disebut lelaki
wanitanya tenang di hati
Lelaki kami menjaga, melindungi

Kini,
Bila disebut lelaki
Wanitanya mahu cabut lari
Lelaki khianat, perogol bersiri

Dulu,
Bila wanita dibawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya
Tiada siapa berani menggoda

Kini,
Bila wanita dibawah jagaannya
Lelaki tak kisah auratnya terbuka
Wanita dibiar bebas binasa

Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa
Untuk mengangkat kemuliaan agama

Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama
Demi nafsu, dunia dan seisinya

Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah
Kental berjihad tekun berda’wah

Kini,
Lelaki hanya menyanjung sejarah
Diri bermalasan,tenaga tak dikerah

Dulu,
Lelaki memperjuangkan deen dan ummah
Al-Farouq, Zunurain mati terbunuh

Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya
Hingga sanggup membunuh

Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh
Angkatannya kuat dan teguh

Kini,
Lelaki berpuak dan berpecah
Sesama sendiri saling bertelingkah

Kembalilah lelakiku
Pada kelakianmu
Kami rindukan lelaki dulu
Acuan madrasah rasul

Petikan dari buku Syabab Musafir Kasih, Fatimah Syarha.


cc to --->
my two saiful Islam !
Mohammad Zulkhairi bin Abdul Razak ,
Shahrizal bin Abdul Razak .

adik -adikku ,
TAK PE kalau kita TAK MAMPU nk menjadi TOKOH Islam yang MENCIPTA benda yang BARU ,
as long as kita mampu MENJENTIK SEMANGAT baru dalam diri dan BERHIJRAH ke PERINGKAT yang LEBIH BAIK ,
semata-mata untuk Keredaan DIA ,

TAK PE kalau kita TAK MAMPU nak mendongak mengah MENENTANG yahudi habis-habisan ,
asalkan kita MAMPU MENCEGAH KEMUNGKARAN dan MENGAJAK kepada KEBAIKAN .

TAK MENGAPA kalau kita TAK BOLEH JADI seperti SAIDINA ALI yang sentiasa berada di barisan HADAPAN kumpulan TENTERA Rasulullah  ,
asalkan kita MAMPU BERDIRI di HADAPAN ,
menjadi PEMIMPIN dalam PERKARA yang akan DINILAI PERTAMA  sekali .
SOLAT !!!!!

TAK MENGAPA kalau kita TAK MAMPU nk BERJIHAD dan SHAHID di bumi GAZA ,
asalkan kita MAMPU melaksanakan JIHAD yang utama iaitu JIHAD melawan NAFSU .

maksudnye syg2 ,
TAK PE kalau kita TAK MAMPU nak  buat bende yang BESAR2 untuk AGAMA ,
ITS OK ,
asalkan KITA MMPU didk n jadi the BEST MUSLIM ,
THE BEST SON AND DAUGHTER ,
TAK PERLU pown nak UBAH bende yang BESAR2 ,
kalau kita MAMPU UBAH DIRI dan JAGA DIRI sebaiknya macam ALLAH suruh ,
itu LEBIH dari CUKUP .

be a good SON ,
a good FRIEND ,
a good BROTHER ,
a good LEADER for yourself !

No comments:

Post a Comment