Monday 2 July 2012

BINGKISAN BUAT SAHABAT...

Sahabat,
seandainya kau menjadi batu,
jadilah batu yang berharga,
jadilah seperti intan dan permata,
kerana kau akan disanjung dan dipuja,
janganlah kau menjadi batu di jalanan,
janganlah kau menjadi batu yang ditendang-tendang,
kerana tidak ada apa yang istimewa tentangmu,
hanya seketul batu yang tidak berharga..

Sahabat,
seandainya kau menjadi kayu,
jadilah kayu yang bermutu tinggi,
seperti kayu jati,
dan engkau akan terkenal di seluruh pelusuk negeri,
jangan pula kau menjadi seperti kayu yang reput,
bukan juga kayu yang mudah dipatah-patahkan,
kerana kau tidak akan bernilai buat mereka...

Sahabat,
seandainya kau menjadi manusia,
jadilah manusia yang tinggi nilainya,
yang beriman kepadaNYA,
janganlah kau menyeru kepada yang mungkar,
janganlah kau bertemankan iblis dan syaitan,
kerana dirimu akan dilaknat Allah,
kelak rugi semata-mata..

Sahabat,
dengarlah pesanan buat pedoman,
pasaklah kemas dikalbu,
bukan sekadar angin lalu,
waspada selalu!
dalam haru memburu cita dan cinta..

AWAS Sahabatku!
Bukan semua yang berkilau itu intan permata,
Bukan semua yang kuning menyerlah itu emas tempayan,
Bukan semua yang merah itu saga,
Bukan semua yang manis itu gula atau madu,
Bukan semua yang pahit itu pasti hempedu..

Sahabat,
Atur langkahmu,
Jangan sumbang menyimpang,
Jangan menongkah arus,
Jangan diterjah batas-batas garisan iman,
Jangan dilebur jerjak besi perintang api..

INGATLAH Sahabatku!
Hidup umpama biduk kecil ditengah samudera yang bergelora,
Silap kemudi keliru arah,
ombak ganas menghempas pulas tak mengenal belas,
kelak kan lemas dan terdampar..

YAKINLAH Sahabat!
Biar apapun yang terjadi,
Ingatlah kepada Dia,
kerana Dia Maha Berkuasa,
Jangan pernah putus harapan dan doa,
Dia akan sentiasa menjagamu..

"maka ingatlah kepadaKu,Aku pun akan ingat kepadamu(Allah limpahkan rahmat dan keampunan).Bersyukurlah kepadaKu dan jgnlah kamu ingkar kepadaKU"
[al-Baqarah : 152 ]


~selit-selit~
"jika Allah memakbulkan doamu,
maka Allah meneguhkan kepercayaanmu kepadaNYA,
jika Allah menangguhkan doamu,
maka Allah menguji kesabaranmu,
jika Allah tidak memakbulkan doamu,
maka Allah telah merancang sesuatu yang lebih baik buatmu"

''boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu.dan boleh jadi kamu mencintai sesuatu padahl ia amat buruk bagi kamu..Allah Maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui''
[ al-Baqarah : 216 ]



No comments:

Post a Comment