Thursday 22 November 2012

ღ♥¸.•*♥̸̸̸̸̸̸̸̸̸̸̸̸̸̨̨̨̨̨̨̨♥̸̸̸̸̸̸̸̸̸̸̸̸̸̨̨̨̨̨̨̨ ♡̬̩̃̊♥̸̸̸̸̸̸̸̸̸̸̸̸̸̨̨̨̨ ChoColatE FaIr ♥̸̸̸̸̸̸̸̸̸̸̸̸̸̨̨̨̨̨̨̨ ♡̬̩̃̊♥̸̸̸̸̸̸̸̸̸̸̸̸̸̨̨̨̨̨̨̨♡̬̩̃̊♥̸̨♥¸.•*♥̸̸̸̸̸̸̸̸̸̸̸̸̸̨̨̨̨ღ


heaven!!!!!!!!!!!!
opss Assalamuailaikum..
hehehe nk citer ney..
tadi kema g chocolate fair..
hurmm bnyak giler coklat n kek..
*tapi xde la banyak sangat pown sebenarnye*
memang in heaven la sekejap!!!

ape je yang kema borong??
of coz la coklat kan..
but unfortunately,dark coklat xjumpe pown..
hurmm its ok,its ok..

a cheese cake for Ain,
and
Tiramisu for Afifah..
i"m really hepy --->
bila tgk dyeowg happy dapat favourite masing2..=D
and that's me!
sangat2 mudah teringatkan orang lain bila makan..


pas tue g buat pemeriksaan kesihatan jap..
wow,frequency signal untuk migrain yang dye bg mcm nk meletup machine tue..
kuat giler..
and guess what??
i just know that migrain xboleh mkn coklat!
pantang..kak jaja told me..
errrrrrrr oh nooo!!!!!
can I preteng not to know it??
bcoz I really  love chocolate..
REALLY..
hurmm..
*just let it be*

tetibe pulak akak tue kata :"u have high tendency for low blood pressure."
haaaa???????
PULAKKKK...
selama ney ok jew..
derma darah ok jew...
errrrrrrrrrrr...no komen...

yang penting----

I already have chocolate ,cake and 
CHOCOLATE-DIPPED MARSHMALLOW
yippi2 yummy~

p/s~mencair kalah coklat bile tgk dia senyum tdi..alahai hati!
       ssshhhyyyy...its our secret ok???
      (*-^)

Thursday 1 November 2012

~╰☆ ❀ ღ ☺ Aku ingin cantik ☺ ღ ❀ ☆╮~


Dulu,aku seorang perempuan muslim yang biasa, sekarang,aku 

masih 


seorang perempuan muslim yang biasa, dan akan datang, aku 


mungkin terus menjadi seorang perempuan muslim yang biasa. 


Tetapi aku sangat berharap agar Allah tidak melihat aku 


sebagai seorang perempuan Muslim yang biasa.  Aku sangat 


ingin dipandang cantik oleh Kekasihku  ini. Sangat ingin 


walaupun seringkali hati dan jiwa ini kalah dengan hasutan 


dan godaan dunia yang tidak berpenghujung.

Awal tahun ini, aku melihat ramai antara sahabat rapatku yang

 sudah berubah penampilannya.Tidak lagi mamakai tudung 


bawal yang


jarang walaupun sudah lengkap berstokin tangan dan kaki.


Seringkali akal bertanya kepada hati,

"Bilalah agaknya aku akan menjadi cantik seperti mereka pada 

pandangan Allah?"



Hati, walau menginginkan, tetap juga dengan kesombongan 

dan keegoan yang tidak bertempat, almaklumlah anak 


kedua,*sigh*


Jawab hati

"Biarlah"

"Lambat lagilah"

"Muda lagilah, nanti-nantilah"

Astaghfirullahalazim. Bisikan syaitan yang halus mencucuk hati

 anak Adam.


Nafsu dan iman seringkali bertarung. Tapi apakan daya, 

antibody imanku sangat lemah. Masih dan sentiasa 


memerlukan rawatan kritikal yang istiqamah.


Iman sentiasa kalah dengan nafsu yang cintakan dunia.

Selama beberapa bulan seterusnya, aku terus menipu diriku 

sendiri, aku katakan pada  diri,


"Tak pe, aku dah tutup aurat lengkap dah ni,tudung menutupi 

dada, stokin kaki, armguard, sembahyang 5 waktu pass, puasa 


sunat kadang-kadang, kira okey lah tu."


Aku terus-terusan menipu diri sendiri sahinggalah pada suatu 

hari ustazah menunjukkan video Ustaz Don, syarat pakai 


tudung.


Terus terang aku katakan, video tersebut tidaklah begitu 

menyentuh hatiku  setelah aku melihatnya buat kali kedua, 


namun, hidayah Allah itu rahsiaNya, tiada siapa yang dapat 


mengetahui.


Mungkin kerana berkatnya malaikat yang melindungi majlis 

ilmu tersebut, dan mungkin juga kerana halusnya tarbiyah 


Allah yang dizahirkan melalui ustazahku, sahabat-sahabatku 


dan Ustaz Don sendiri, aku terpanggil untuk mengubah 


penampilanku.


Benar, tudungku telah kulabuhkan sehingga menutupi dada, 

tetapi bahagian kanan dan kiriku masih belum benar-benar 


terjaga.


Sedangkan, mata-mata nakal terus mengintai. jarangnya 


tudung tersebut juga mampu menampakkan tengkukku.


Tidaklah di masa itu aku menipu Tuhanku melainkan aku 

menipu diriku sendiri.

Saat itu,aku mula memasang niat untuk bertudung labuh, 

namun,aku sebenarnya sangat takut untuk bertudung labuh


.  aku takut orang-orang sekeliling akan menganggap aku 


seorang perempuan yang baik, seorang perempuan yang alim, 


sedangkan aku hanya menjalankan perintah Allah kepada 


seorang perempuan Muslim sepertiku.


Aku takut persepsi mereka yang bernama manusia andai aku 

melakukan perubahan drastik ini.


Sungguh, perkara ini amat mendera hati yang masih rapuh ini.

Aku bertudung labuh bukan kerana menginginkan 

pengiktirafan manusia. tapi aku ingin berusaha mengejar redha 


Penciptaku. Aku ingin kelihatan cantik di mata Dia. Namun, 


aku terfikir, aku juga memerlukan sedikit pengiktirafan 


manusia.Aku ingin para pemuda menghormatiku ketika aku 


berjalan melepasi mereka, semoga hijabku menjadi 


perlindungku agar tiada siapa yang akan bersiul, menegur atau 


memberi 'salam'. Aku ingin agar para pemuda menjaga jarak 


denganku ketika aku di dalam bas supaya kami tidak 


bersentuhan kerana Kekasihku pasti akan cemburu andai itu 


berlaku.


Aku terus dilema untuk bertudung labuh sehinggalah seorang 

sahabatku mengatakan "Jangan biarkan rasa yang bertanda


 itu, berlalu begitu sahaja."

Ya, jangan biarkan panggilah hidayah yang dibuat oleh 

Kekasihku itu berlalu begitu sahaja tanpa aku melakukan 


sebarang perubahan untuk menyenangkan hatiNya.



Aku takut andai kekasihku itu merajuk.

Aku takut andai ini adalah satu-satunya panggilah 

daripadaNya.


Aku takut andai in adalah panggilan terakhir daripadaNya 

untukku.


Aku mahu kami terus berhubung.

Aku mahu cinta kami terus mekar.

Aku tidak mahu Dia bertepuk sebelah tangan sahaja sedangkan 

akulah yang lebih memerlukan Dia  dalam setiap saat nafasku,


 dalam setiap langkah kakiku, dalam setiap gerakan anggotaku. 


Aku manusia yang paling bodoh andai aku tidak menyahut 


panggilannya ketika itu.


Memikirkan itu, aku kuatkan hatiku untuk bertudung labuh. 

Setinggi kesyukuran aku panjat kepada Allah kerana 


mengurniakan aku sahabat-sahabat yang selalu ada 


disampingku diwaktu susah dan senang. Jutaan terima kasih 


kepada mereka yang memberi dorongan, menemaniku membeli 


kain,  mengajar aku menjahit tudung labuh, dan tidak lupa 


sahabat yang sentiasa mendoakan aku. 

Alhamdulillah, penghijrahanku ini diterima baik oleh mereka 

yang sentiasa bersamaku.Doa terus kupanjatkan ke hadrat 


Illahi agar penghijrahanku ini bukan sekadar penghijrahan 



jasmani, bahkan lebih kepada penghijrahan rohani. Kerana 


aku takut mendengarkan sabda Rasulullah SAW ketika 


membangunkan isteri baginda yang sedang tidur untuk 


bertahajud, "Jangan-jangan perempuan yang berpakaian di 


dunia ini akan telanjang di akhirat kelak".Nauzubillah. 


Sungguh,aku tidak mahu tergolong dalam golongan itu.


"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong 

kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, 


dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; 


karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (kurnia).”



(QS. Ali Imran: 7)

Aku terus selesa bertudung labuh sehinggalah suatu hari,Allah 

mengujiku melalui seorang hambaNya ini.



Beliau : Kau tak payah hipokrit la wei pakai tudung labuh ini ! .
Aku     : Kenapa ? aku tak layak ke pakai tudung macam ini ?


Beliau : Tudung labuh nikan untuk budak sekolah agama je.

Aku     : Gulp !

Ok fine!  then, kita yang tak sekolah agama ni, apa lagi, free 

hairlah ! hehe.


Kecewa. Sedih. Tetapi aku tidak sesekali menyalahkan beliau 

untuk berfikiran seperti itu, kerana apa? Kerana secara 


jujurnya aku juga pernah berfikiran seperti itu dulu. 


Bahkan,aku sendiripun tidak pernah terfikir untuk bertudung 


labuh walau hati meronta berkehendak. Perit pedihnya hatiku


 selepas kejadian itu hanya Allah yang tahu. Andai semua 


orang berfikiran seperti itu, nescaya, tidak akan adalah antara 


kami yang tidak berpeluang untuk bersekolah agama ini, 


peluang untuk menjejaki syurga Allah. Alahai, malangnya jadi 


kami kan? Sudahlah tak berpeluang untuk  bersekolah agama, 


nak menatap wajah Kekasih kami pun tak dapat. *crying*






Oh, come on la guys, Kami juga akan disoal oleh mungkar dan 

nangkir, amalan kami juga akan ditimbang di atas neraca 


mizan kelak.



Dan dengan ilmu yang tidak seberapa, kami cuba untuk 

menjadi lebih baik di mata Allah. Kami takut untuk menjadi 


sebahagian dari bahan bakar api neraka yang panasnya meski 


walau sebesar zarah pun mampu meleburkan seluruh dunia dan 


isinya. Teringat kata-kata seorang alim ni, 'Kalaulah kamu 


tahu dasyatnya seksaan api neraka, nescaya kamu tidak mahu 


musuh kamu yang paling teruk pun merasai keperitannya. 



Ya Allah, jauhkan kami, ibubapa kami, keluarga kami,sahabat-

sahabat kami,guru-guru kami dan seluruh umat Islam yang 


masih hidup atau telah meninggal dunia dari seksaan api 


nerakaMu. Kami memohon perlindunganMu ya allah.



Secara jujurnya, kadang kala aku merasakan aku seorang yang 

hipokrit. Mengajak orang lain untuk melakukan kebaikan, 


tetapi diri sendiri.....




Firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 44 benar-benar

 meng'facepalm'kan aku.



Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan 

sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua


 membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal.



Tapi dari sudut yang lain. aku merasakan perlunya aku 

beramal meskipun dalam 'suasana' hipokrit agar kelak Allah


 sudi menghadirkan secebis ikhlas dalam hatiku. Ibadah perlu 


dipaksa. Dan Allah pun tidak akan mengubah nasib sesuatu 


kaum, melainkan kita sendiri yang mengubahnya. 



Memang kalau boleh, ingin aku katakan kepada semua orang

 untuk perlunya kita berubah sekarang ! . Tapi itu mustahilkan.


Hati kamu, kamu dan kamu bukan aku yang pegang. Apa yang

 aku boleh lakukan adalah berdoa supaya Allah sentiasa pegang


 dan jaga hati kita semua agar tidak sesekali tersasar dari jalan


 yang Allah redha. Walaupun melakukan suatu perubahan itu 


bukanlah semudah mengucapkannya, tapi percayalah, Allah 


melihatnya. Allah akan gantikan keperitan kesedihan kamu itu 


dengan sesuatu yang lebih berharga lagi di akhirat kelak. 


Insyaallah. 

Kalau orang kata nak buang tatu di badan itu sakit, tapi untuk 

membuang tatu dosa di hati itu, sebenarnya jauh lagi perit.-



Hlovatesays

Sekian sahaja oretan aku yang ingin cantik, hamba Allah yang

 biasa yang lebih hina. lebih banyak berdosa, dan lebih jahil 


dari kamu yang lebih hebat di mata Allah.



Mohon kalian sentiasa membimbingku untuk menjadi sehebat 

kalian. Mohon doakan aku agar terus istiqamah bertudung 


labuh.



I need your du'as desperately! Luv u olls




A friend is someone who knows the song in your heart and can sing

 it back to you when you have forgotten the words."

here we are
 jiji,amalina,sara n nabilah..!
miss all of u soo much!
rindukan masa kita sama2 tarbiahkan diri..
rindu sangat nak nk rasa manisnye ukhuwah bile tadarus n jemaah sama2!
*syg,izinkan ku berkongsi luahan hatimu..
mane lah tao mungkin ini akan memberi hidayah pada yang lain..
siapa tao kan..
sememangnya hidayah itu dari Allah tpi kita adalah perantaranya..
Hidayah itu boleh jadi dtg dri pelbagai bentuk dan cara..
semoga kita mendapat saham masing2 nanti 
lgi satu,biarlah kite tutup aurat sepenuhnya..
"kita bukan bdk sek agama tpi kita nak hidup beragama"
=D










uhibbukifillah!

aku menyayangimu kerana Allah..

sungguh,bukan pada semua orang mampu kuucapkan perkataan 

itu..


bersamanya mempunya pelbagai tanggungjawab dan makna yang 

mendalam.

.
Insya-allah untuk yang itu,akan ada satu entri khas untuk kalian..

semoga kalian sentiasa dibawah Rahmat dan penjagaaNya..


=D

p/s~hari ni sedih sebab tertinggal Quran dekat lab..betol99 rse kehilangan something..sob3..!