Sunday 1 July 2012

~cINta dAn RemAJA aKhiR ZamAn~

Entry kali ini amat sesuai dibaca oleh pasangan yang masih bercinta, masih dalam alam pertunangan & kepada mereka yang baru nak berkenalan.Saya pun remaja juga.sebab 2 rasa bertanggungjawab untuk memperingati sesama sendiri.....
Biasanya golongan begini memang kerap melakukan aktiviti negative seperti memandang, sentuhan, bersolek, haruman, duduk & hiburan. Moga dapat memberikan pengajaran kepada kita semua yang sering alpa, leka & lalai dengan mainan & nikmat dunia.  Sesungguhnya iblis & syaitan laknatullah sangatlah bijak untuk menyesatkan anak cucu Nabi Adam a.s
Sesungguhya iblis pernah bersumpah :
Iblis menjawab: "Demi kekuasaan Engkau aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hambaMu yang mukhlis di antara mereka."
(Surah Shaad : 82-83)

Iblis menjawab, "kerana engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus, kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka & dari belakang mereka, dari kanan & dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati mereka bersyukur (taat)."
(Surah Al-A'raf : 16-17)


MEMANDANG seseorang terutama yang disayangi, sangat sukar di tahan.
Daripada pandangan itulah akan menimbulkan suatu perasaan yang akhirnya meruntun keinginan seseorang.
Jarang nikmat penglihatan ini digunakan sebaiknya. Astaghfirullah

SENTUHAN bagi saya adalah untuk melahirkan rasa cinta & kasih sayang . Tetapi, apabila seseorang mula menyentuh tangan pasangan yang bukan muhrim, terasakan sesuatu bergelora dalam jiwa. Astaghfirullah


BERSOLEK & BERHIAS menyerlahkan seri serta kecantikan.
Ramai yang akan memuji wajah, rambut & susuk tubuh yang menarik. Suruhan Allah agar menutup aurat mengikut syariat yang telah digariskan tidak mampu ditunaikan. Astaghfirullah

HARUMAN yang digunakan sering membuat orang lelaki berasa senang untuk bersama.
Alangkah bangganya apabila mereka terpesona & tergoda. Astaghfirullah


DUDUK berdua-duaan bagi sesetengah mereka yang sedang bercinta apa salahnya selagi mereka tidak melakukan zina. Sesekali mereka perlukan privacy.
Lagi pun mereka kata, bukannya buat apa-apa. Tetapi, bila berdua-duaan begini, dorongan syaitan sukar ditepis. Percayalah sahabatku.

HIBURAN menjadi pengubat kesunyiaan bagi mereka yang sedang kesunyian & kesepian.
Tanpanya terasa kosong dunia ini. Selalu bersama kawan-kawan lelaki & perempuan ke pesta, wayang atau konsert. Masa banyak dihabiskan begitu daripada melakukan ibadat & kadang-kadang sukar mengawal batas-batas pergaulan. Astaghfirullah


JIKA BENAR LELAKI ITU MENCINTAIMU
Dia tidak akan MENYENTUHMU sebelum menikah denganmu
Dia tidak akan MEMANGGILMU SAYANG sebelum menikah denganmu
Dia tidak akan MELIHAT AURATMU sebelum menikah denganmu
Dia takkan menyebabkanmu LALAI DARI MENJADI HAMBA ALLAH YANG BAIK : )


Kita kena ingat
CINTA bukan pada ‘couple’
CINTA juga bukan pada ‘I love you'
CINTA tak terletak pada ‘I miss you’
Dan CINTA bukan pada ‘can I touch you?
Kerana itu semua CINTA nafsu semata-mata
Bicara CINTA suci itu akan terucap saat lafaz ijabkabul dilafazkan
Ketika itulah tujuan CINTA menjadi kerana ALLAH

Allah Taala berfirman :
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk."
(Al-Israa' : 32)
Bila tyme berkumpul beramai-ramai & berbicara tentang cinta,
amboii. Confirm semua akan mendengar dengan penuh khusyuk & minat. Bukan sebab kita sebab sedang enak dibuai mimpi indah & bukan kerana ketika itu kita sedang mabuk cinta dengan seseorang tetapi perasaan itu memang ada di setiap hati insan.
Namun perlu diketahui bahawa perasaan cinta yang sering kita ikuti itu adalah perasaan cinta antara sesama manusia. Bagaimana jika kita pinjamkan perasaan itu & diletakkan kepada sesuatu yang lain, sesuatu yang wajib. Bercinta dengan ilmu misalnya. Kerana dimaklumi, ilmu itu wajib dipelajari.

Sebagaimana sebuah hadith riwayat Ibn Majah & Abu Ya'la, daripada Anas bin Malik r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap Muslim."

Kita diwajibkan mempunyai perasaan 'cinta' dengan ilmu, kita diwajibkan 'into' dengan ilmu, kita diwajibkan 'bercinta' dengan ilmu. Tidak boleh tidak, kita diwajibkan menerima 'jodoh' dengan ilmu.

Laa. Tadi kata nak kawin. Nak jodoh yang baik-baik. Kalau boleh, nak bina sebuah masjid cantik yang kekal bahagia hingga ke syurga. Nak bina rumahtangga bahagia sentosa. Nak anak-anak yang soleh & solehah. Nak sebuah kehidupan yang tenang diberkati Allah. Kuncinya satu. Ilmu. Kalau takde ilmu, macam mana nak urus kehidupan dengan baik selari dengan tuntutan Allah ;D

Ilmu Allah itu luas. Tak terbatas. Tak bertepi. Ilmu bukan hanya terbatas hanya pada ilmu akhirat. Ilmu dunia pun ilmu juga. Kalau takde ilmu dunia, masakan dapat menguruskan kehidupan kita di atas dunia dengan baik? Sedangkan dunia adalah jambatan yang akan digunakan kita untuk menuju ke syurga yang hakiki. Takde jambatan, macam mane pule nak melintasnya?
CINTA SUCI YANG TULUS
Ilmu apa yang perlu kita terima cintanya? Misal kata suatu hari nanti kita ditakdirkan untuk bercinta dengan seseorang. Satu pertanyaan, dari ciri apakah yang kita jatuh minat pada seseorang itu? Rupa parasnya? Harta kekayaannya? Popularitinya? Keturunannya? Atau kebaikan akhlak & agamanya? Sudah tentu jawapan klise, iaitu kebaikan akhlak & agamanya kerana dengan kebaikan akhlaknya & agamanya itu akan membawa hidup kita lebih tenteram & selesa.
Begitu juga dengan ilmu, dengan penuh perasaan kita hamparkan rasa cinta kepada ilmu kebaikan, iaitu iLmu yang membawa manfaat dalam kehidupan kita. Kita mempelajari sesuatu ilmu bukan setakat untuk lulus periksa je, tapi apply ilmu tu dalam kehidupan seharian. Itu baru dinamakan bercinta dengan ilmu, atau bahasa pasarnya,
"Angau dengan ilmu."
Baru sematttt!
Biar hidup kita selalu didampingi dengan ilmu. Ke mana je. Kalau pasangan bercinta, perbuatan sentiasa berdamping itu dipanggil, 'macam belangkas.'
Kita tukarkan pasangan itu dengan ilmu. Betapa tulusnya cinta suci kita itu nanti apabila kita 'membelangkas' ilmu! ;D
DARJAT CINTA IKHLAS
Bercinta dengan ilmu mestilah berterusan. Usah berhenti setakat yang ada. Selagi hayat masih ada, selagi itu kasih kita berpanjangan. Dengan ilmu, dengan sendirinya kita mampu melakukan ibadah yang betul sebagai bekalan untuk dibawa pulang ke alam akhirat kelak.


Allah SWT mengangkat darjat orang yang berilmu lebih tinggi berbanding orang yang hanya melakukan banyak ibadah tanpa ilmu. Ibadah tanpa ilmu? Macam mana nak beribadah kalau tak tahu cara-cara nak beribadah dengan sempurna? Semua bercita-cita nak kawin. Kawin tu salah satu dari ibadah. Nak tunaikan sesuatu ibadah, mestilah kene ada ilmu.


Dalam 1 kisah daripada sahih Muslim diriwayatkan daripada Nafi' bin Abdul Haris al-Khuzai, iaitu Gabenor Makkah ketika zaman Umar, bahawa Nafi' bertemu Umar di Usfan. Umar pun bertanya kepadanya,
"Siapakah pegawai yang kamu angkat ke jawatan itu?
Nafi' menjawab,
"Ibn Abza, iaitu salah seorang hamba kami yang telah dimerdekakan."
Umar bertanya lagi,
"Kenapa kamu bagi jawatan kepada seorang bekas hamba?"
Nafi menjawab,
"Sesungguhnya dia menghafal al-quran & mahir dalam bidang ilmu waris."
Umar pun berkata,
"Sungguh, Nabi s.a.w telah bersabda:
Sesungguhnya Allah mengangkat darjat sejumlah kaum dengan al-Quran & merendahkan yang lain dengannya."


Begitulah darjat yang diperolehi bagi mereka yang berilmu. Cintanya kepada ilmu adalah cinta ikhlas. Jika tidak, mana mungkin dapat menghafal Quran & mahir dalam bidang tertentu.

MANFAATKAN CINTA
Anjuran & ajakan untuk bercinta dengan ilmu ini banyak melalui hadith Nabi Muhammad s.a.w. Apa yang perlu bagi kita yang masih menghirup udara untuk bernafas ini ialah bersyukur kepada Allah SWT yang memberi pinjaman kehidupan dunia untuk beribadah kepada-Nya. Denagn beribadah itu, maka termasuk sekali menuntut ilmu yang tidak pernah berpenghujung.


Perbuatan yang cantik itu terletak kepada amalan dari ilmunya.
Bila kita ada Ilmu
Ilmu yang jaga kita
supaya kita tak tertipu
supaya kita tak terpedaya
supaya kita tak terleka
Tapi
Bila kita ada harta
Kita pulak yang kene jaga harta
Nak jaga harta kene ada ilmu
Kalau ada harta tapi takde ilmu
InsyaAllah
anda akan mudah ditipu
Moga kita semua tergolong dikalangan mereka yang berilmu.
Nak pastikan seseorang itu berilmu atau tidak
bukan lihat pada berapa banyak sijil, anugerah, piala, medal & hamper yang diperoleh atas kejayaan dalam pencapaian akademiknya.
Tetapi sejauh mana dia mampu apply ilmu yang diperolehinya dalam kehidupan sehariannya sehingga memebentuk dirinya berada di kalangan hamba yang beragama & berakhlak.
Allah SWT mentioned in the Holy Quran:
"And Allah has extracted you from the wombs of your mother not knowing a thing & He made for you hearing, vision & intellect that perhaps you would be a grateful."
(An-Nahl,16: 78)


Biar miskin harta tapi jangan sampai kita miskin budi bahasa.
Wallahua'lam..

diolah dari~http://allahseeker.blogspot.com...

p/s~Apa yang Allah haramkan sebelum kahwin, sekejap saja. Sabarlah sekejap! Dah kahwin nanti, yang halal amatlah luas. Yang halal lebih indah kerana benaungkan redha Allah.
~ “ Apa yang kita dengar, apa yang kita lihat, apa yang kita rasai di dalam hati dan perasaan kita ini; semua itu akan disoal oleh Allah Taala. Bila kita biarkan diri kita diajar erti cinta oleh orang yang tak kenal Allah, mana mungkin cinta kita kenal Allah”
:: Ustazah Fatimah Syarha ^_^ ♥


#buku yang ustazah ney tulis gler3 best tau!kema nak promote buku

"pemilik cintaku selepas Allah dan Rasulullah''.
rugi klu sape xbce..murah jew tapi sanagt2 mendidik....12 ringgat jew tao..klow jumpe beli trus ye..xpown pinjam kat sape2 yang ada..
selamat membaca dan semoga sama2 mengislahkan diri :) #






No comments:

Post a Comment