Monday 2 November 2015

。 ◕‿◕。 Ibrah penantian 。 ◕‿◕。




。 ◕‿◕。Bismillahirrahmanirrahim. 。 ◕‿◕。


Ibrah penantian…


Sudah hampir 2 bulan aku ber’internship” di sini.
Habis waktu kerja jam 5.10. Kebiasaannya sementara menunggu en suami datang mengambilku,
masaku akan dihabiskan dengan menyiapkan tugasan sama ada di office atau di surau.
Kebanyakannya di surau .
Aku lebih selesa di situ .
Tenang dan menenangkan jiwa walau dalam apa pun keadaan .
Jika cuaca mengizinkan , masjid universiti itu menjadi pilihan.
Rumah Allah ! Sentiasa menjadi yang terbaik tanpa tandingan . Allah :’).


Hari ini aku menjadi insan yang ditegur sapa . Bukannya menegur .

Memang itu kelemahanku .

Tetapi apabila ada yang memulakan bicara, aku senang berbicara dan berceloteh.


Terlintas di fikiran , bagaimanakah dia semesra itu ?

Tidak segankah dia?

Memulakan bicara bertanyakan nama dan asal usul kepada orang asing untuk menjalinkan ukhuwah semata-mata kerana Allah .

Dari mana kekuatan itu datang?

Wallahi, aku juga tiada jawapannya.

Mungkin kerana manisnya ukhuwah lillahi Ta’ala itu yang mendorongnya.

Mungkin juga hablum minan-nas itu yang menjadi pemankin .


Sejak dulu, aku sentiasa kagum dengan insan-insan yang menjadi orang pertama yang menghulurkan persahabatan dan ukhuwah.

Sungguh mempesona .Kerana dia amat berjiwa besar.

Kemesraan itu menggagumkan .

Tetapi ciri-ciri seorang mukmin yang hebat itu membuatkan aku ingin mendekatinya.


Terima kasih adik.

walaupun tidak sempat bertukar nama,namun ada sesuatu yang boleh dijadikan ibrah dari pertemuan singkat itu.

Semoga bertemu lagi . Insya-Allah .

# belajar tak semestinya dari yang tua sahaja . (*-^)

-30/10/15

。 ◕‿◕。 malu 。 ◕‿◕。



。 ◕‿◕。Bismillahirrahmanirrahim. 。 ◕‿◕。


Hari-hari naik turun lif dari tingkat 11 memang macam-macam orang yang akan kita jumpa.


Teringat dua hari lepas, jumpa budak perempuan comel dalam lif bersama ibu bapanya.
En Suami yang pantang nampak comel-comel, terus menegur .


“Hi adik”

( si comel solehah itu memandang dan terus memeluk kaki si ayah).


“nama siapa?”

( terus ditutup separuh mukanya dengan tangan dan menyorok di belakang si ayah . hanya sebiji mata yang nampak terkedip2 memandang tersipu-sipu malu.)


Si ibu mencuba untuk yakinkan si solehah untuk memberitahu nama tetapi dia tetap senyap , tersenyum dalam malu.


Si ayah membalas “ Dia malu la tu” bagi pihak si anak yang tidak menjawab.


Ya , lumrah anak-anak kecik yang mumayyiz malu ditegur orang yang tak dikenali.

Ya malu.


Terus hati kecil berdoa semoga sifat malu itu tetap kekal dihatimu dik. Semoga malu itu akan terus menjaga dirimu hingga kau dewasa kelak. Selagi malu itu engkau jaga , Insya-Allah dirimu akan selamat dan terjaga.


Hilangnya sifat malu itu, maka hilanglah semuanya nanti.


Hari ni ada bedtime story untuk anda semua. Tak kan asyik nak baca cerita Frozen je as bedtime story kan. Baca dan hadamkan ye.


Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah.


Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.


Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).


Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.


Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.


Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.


# waktu kecil-kecil dulu sangat suka bermain dengan pokok semalu. Terasa kemenangan bila sentuh pokok semalu itu dan ianya menguncup . Seronok bermain tanpa mengetahui kisah yang tersirat di sebalik pokok yang tumbuh melata itu .

Mulai sekarang, apa kata bila kita nampak anak-anak bermain pokok semalu, kita cepat-cepat ceritakan kisah ni. Dalam mengenal dunia, biarkan anak-anak mengenal Rasullullah dan keturunannya.. (*-^).

。 ◕‿◕。Bismillahirrahmanirrahim. 。 ◕‿◕。



。 ◕‿◕。Bismillahirrahmanirrahim. 。 ◕‿◕。


Dari Abi Huhairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia,maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak soleh yang mendoakan untuknya”.

(Muslim)


Dengan keyakinan itu, aku ingin berkongsi secebis ilmu yang aku ada dan ibrah daripada kehidupan sekeliling. Semoga Allah reda . Insya-Allah .


اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَق

Terjemahannya :‘Iqra’ (bacalah) denqan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan.


Ini adalah wahyu yang pertama dimana ianya adalah adab pertama yang diajarkan oleh Allah kepada manusia. Oleh itu ianya menjadi sunnah sama ada dalam setiap percakapan, perbuatan atau penulisan.

Ini berdasarkan hadis Nabi saw yang bermaksud :


“ Setiap perkara yang baik tetapi tidak dimulakan dengan basmallah, maka ianya akan menjadi kurang”.


Untuk orng yang berwuduk, tidak sempurna wuduknya jika tidak disertakan dengan basmallah,


Ketika Nabi SAW melihat seorang budak hendak makan kurma, baginda bersabda yang bermaksud “ Ucapkanlah Bismillah, makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah makanan yang dekat darimu”.


Tidak sempurna juga orang yang menaiki kenderaan jika tidak disertakan dengan Basmallah. Kan doa naik kenderaan tu awalnya ialah “Bismillah”.

.بِسْمِ اللّهِ مَجْرَاهَا وَمُرْسَاهَا

Basmallah juga ialah pendinding untuk keselamatan rumah,barang-barang daripada kebakaran,kerosakan dan kehilangan.


Dalam sebuah hadis riwayat al-Bukhari, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,

“ Tutuplah pintumu dan sebutlah nama Allah,

padamkanlah lampumu dan sebutlah nama Allah,

dan ikatlah penutup bekas air (supaya tidak tumpah dan dimasuki sesuatu ) dan sebutlah nama Allah,

dan tutuplah perkakasmu ( gelas, cawan, bejana dan lain-lain) dan sebutlah nama Allah.


Banyakkan pesan untuk kita baca Basmallah.


Teringat kisah yang diceritakan oleh seorang murabi ketika di sekolah menengah. Ada seorang sahabatnya yang begitu tenang perwatakannya. Setiap pergerakannya disertakan dengan satu kalimah . Bismillahirrahmanirrahim .

Masuk kereta , Bismillahirrahmanirrahim.

Hidupkan enjin kereta , Bismillahirrahmanirrahim.

Pegang stereng kereta , Bismillahirrahmanirrahim.

Betulkan cermin kereta , Bismillahirrahmanirrahim.

Buka pintu kereta , Bismillahirrahmanirrahim.

Mulakan langkah , Bismillahirrahmanirrahim.

Tekan button lif , Bismillahirrahmanirrahim.

Nak duduk , Bismillahirrahmanirrahim.

Buka laptop , Bismillahirrahmanirrahim.

Buka buku , Bismillahirrahmanirrahim,

Buka pencil box , Bismillahirrahmanirrahim.

Start bercakap atau berbual , Bismillahirrahmanirrahim.

Nak ambil phone, Bismillahirrahmanirrahim.

Nak ambil barang dari orang, Bismillahirrahmanirrahim.


Senang kata semua la dibacanya Basmallah.

Simple kan ?

Tapi berapa ramai yang buat ?

Teringat juga ada seorang ustaz beritahu,

“kalau susah-susah sangat tak hafal doa tapi nak berdoa time sakit minta pertolongan Allah, jadikan Basmallah itu sebagai doa. Baca “ Bismillahirrahmanirrahim” dan usap tempat yang sakit. TAPI kena betul-betul yakin dan percaya dengan kekuasaan dan ayat-ayat Allah. Insya-Allah boleh membantu.

tapi jangan pulak kita tak nak menuntut ilmu dan menghafal doa-doa dengan alasan Basmallah je dah cukup ye…

Allahu’alam. Selamat beramal smile emoticon

-27/10/15




Tuesday 29 September 2015

WEDDING PREPARATION : 7 BUNGA DECORATION DULANG HANTARAN

 12 JANUARY 2015

#less that 1 month to go
Next, for dulang's decoration, I decided to do it myself. 
Since I really loves this kind of things, why not I'm do that now right?

I choose carnation flowers from crepe paper because it is super dupa easy and awesome.
The price for crepe paper is just RM 0.80 for 1 pieces.
1 piece, I can get 5 of carnation flowers.
Ada orang ambik upah buat bunga ni RM 0.60 sekuntum.
Tapi kalau buat sendiri RM 0.80 dpt 5 kuntum.
Seronok pun seronok.
apa lagi yang nak?
Just find the things that will make you HAAPY and don't think about others.
JUST DO IT BABE! 








PERFECTLY PERFECT !





FLOWERS echo each VOICE of HUMAN HEART.
CARNATION flower.also known as FLOWER OF LOVE !
Carnation : you're the only one.the sun is always shining when i'm with you . 
In RED-my heart aches for you ,
in WHITE-sweet and lovely,pure love.
#Thats the reason why i choose red and white carnation for Dday.






Flowers of love!
trima ksh kpd sesiapa yang membantu.kalau sorg2 nak dpt 10 kuntum pun jenuh.together is better!


btw, ada yang ckap, 
"Eeii merah putih mcm Chinese New Year!"


"laaaa ada haku kesah ?"


WEDDING PREPARATION : 6 KAD JEMPUTAN




22 DISEMBER 2015


so now i'm done with all printing work!.nasib baik la 400 jemputan je kalau 4K mcm majlis kak yam bru ney? 
ohh pengsan..
btw,untuk memudahkan papa ngan mama, kad tu saya masukkan siap2 dalam sampul.so senangkan my parent just ambik n tulis nama kat sampul then bg.

so let me story about this DIY KAD JEMPUTAN.
KAD PALING BUDGET!!

satu pagi,my room mate hulurkan kad tema facebook.
she said " nah,ain tak boleh tidur semalam so ain buatkan".
and me : " wahhhh speechless!! sehari je?? guna ni la bg kat semua boleh?"

ok sebenarnya Ain offer untuk buat kad yang untuk bg kawan2 je.katanya biarlah untuk bg sedara2 kad jemputan yang standard sikit. 
Ain,its perfect ok!
bila tunjukkan kat my parent pun,mereka excited dgn design facebook tu.so on je la.tak payah banyak2 kerja kan.

so ini hasil kasih sayang my room mate.







overall dalam RM 60 je pun untuk 300 kad.
beli kertas keras rm 22.80 ade 100 kping.
kad ni pun cin Ain jugak yang ikut g pilih sebab I still can't imagine the outcomes.

so pergi hantar kedai suruh potong 3 dah dapat 300 keping.
charge potong kad RM 1 ajo.

so  the rest,untuk sampul surat rm 1.80 untuk 20 keping.so darab la ye.

Ink printer rm 10.murah sebab guna printer my roommate Ain yang catridgenye kat luar.in fact,tak beli ink bru pun.guna yang sedia ada and tak luak pun ink tu.

and costy kat sini sebab saya kene pos kan kad2 tu awal ke pahang supaya papa n mama boleh g madah orang siap2.(madah means jemput la.org kelantan punya bahasa).
pos RM 24.35 sen.sebab berat kan.

tak lame pun keje2 printing ni. 
saya print time nak g mandi, time makan ,time solat.
sementara kita bat keje biar printer tu pun buat keje untuk kita.
simple !









ade dok dalam sejarah buat kad jemputan kahwin budget RM 60 je!! kalau ada meh habaq mai.
yang di sponsor tu lain kira la ye. 
tapi ingat jugak ,
hidup biar ada budi bahasa .
so kalau ada yang rela hati membantu, tak salah kita rela hati tak berkira dgn mereka. sekadar duit poket pun tak pe asalkan nmpak kita menghargai titik peluh dan usaha orang yang membantu kita.
ye dok ?


WEDDING PREPARATION 5 : (CARD FOR MY PHOTOGRAPER)

7 OCTOBER 2015

TO : Adiana ,cik tyrah and alyanis..
Ak nak bg pinjam DSLR die .so syafiq request adiana jdi main photographer sebab dia lincah .



done !
tinggal nak bg je nnti ..=D

tpi mlm ni pening sikit sebab papa n mama bnyak kol demand soh edit card.@.@.ok mlm ni dah finalize.next is,ubah,cari kertas and dah boleh start printing!

#lepas maghrib ,membalut buku and Quran yang akan dijadikan hantarn.syg.kalau tak balut takut rosak.=D


#kelmarin g survey kasut kat tebrau and bukit indah sambil2 nak tukar my number jadi Altel.tpi xdpt tukar jugak .=(.time ni ade less tpi kasut yang sya nak xde.

orang lain yang survey kasut ,orang lain yang dpat grab .huhuhu.

g DIY jumpa Album untuk wedding.since syafiq nk untuk hantaran dye,so I terus je la beli .=D


WEDDING PREPARATION : 4 ( WEBSITE AND INVITATION CARD)

1 OCTOBER 2015 .

DONE !


puas hati 
tpi sebenarnya website ni nak masukkan detail belah lelaki sekali tpi disebab kan belah lelaki xde tarikh lagi so tak pe la ..lonely2 je la...=(.
invite kwn2->sebulan sebelum tarikh means awal bulan 1 !

and this is for my invitation card,.
dah bagi kat papa n mama tunggu dyeorg komen n betulkan.
kad ni aku buat macam poscard je.sekeping. then masukkan dalam sampul .siap .










WEDDING PREPARATION : 3 ( UKUR AND GUNTING LINING)


28 SEPTEMBER 2014

so keje kami start lepas magrib,
Afifah start mengukur ukuran badan saya and kak ja tolong ntuk menggunting.
saya->hanya mampu tgk and berazam nk belajar menjahit lepas ni..orng tak reti memang tak boleh nak membantu.aini yang bnyak tolong sebab dia dah bias dah,her mom menjahit kat umah .

so the result tak boleh tunjuk sebab ambik gmbar tak pakai tudung..huhuhu.
later ok.
btw nampak tak excitednye afifah.
thanks a lot afifah.

so lepas ni nak hntr g jhit tepi ,beli zip n benang = RM 12
 kat u mall .

WEDDING PREPARATION : 2 (BELI KAIN PEREMPUAN)


26 SEPTEMBER 2014

disebabkan benda yang saya rasa paling susah nak buat ialah bab pakaian ,so I wil do it first..
susah bukan sebab apa tapi saya tak nak baju yang pakai sehari je then dah tersimpan elok dlm almri sebab tak sesuai dipakai untuk hari2 atau event2 lain. 
Second is saya tak suka pakai baju yang sarat2 sampai rasa panas macam dalam oven and nak berjlan pun seksa.
Third is,xnk baju yang dah siap sebab confirm mahal and tak muat . kebetulan sebelum2 ni ade terjumpa gmbar bju yang cntik sgt.
so,I'm started to ask kedai2 and tukang2 jahit yang ada untuk baju yang design macam tu..
pergghhh bila sebut je untuk kawin terus mereka2 up price..ye saya memang kedekut..jimat.kalau boleh preparation kahwin nak yang paling cut cost..so duit lebih boleh buat g honeymooon..hehehhe.(berangan!)

so the idea is like this .




lupa dah ambik gambar ni dari mane.btw,saya pinjam gambar ni jap ye owner.huhuh

So our journey was began lepas solat jumaat.
terus gerak ke ayer hitam sebab dgr2 baju kain.
but then,lepas masuk setiap pelosok ayer hitam,satu kedai kain je yang jumpa,
kecewa sgt sebb dah petang time tu and tak dapat capai ape yang dimahukan.
then ,ade suggestion untuk g tangkak yang memang confirm2 ade bnyak kain.
So bile en tunang kata"saya ok je as long as dpt settlekan bju awak and tak balik tgn kosong",so trus ke tangkak.
lepas magrib bru smpai bndar tangkak and kak ja orang yang paling lincah n pantas menyelinap masuk ke satu-satu kedai.bukan ape,kol 9 mlm dyeorg dah nk tutup kow.=(
tapi Alhamdulillah mission complete.
otw balik ,kesian tgk en tunang (eh sekarang dah jdi en husben) drive,kepenatan buat I can help nothing.,=.=
boleh tolong hulurkan air,mkanan n borak2 je..
I wish I can drive..ok kema,U MUST ! Insya-Allah.
tpi kan,thanks to kak ja yang start bercerita pasal one-piece.trus cerah mata dia and semangat dia drive smbil bercerita.
Alhamdulillah and thanks a lot awak..saya tak kan lupa selagi Allah tak tarik balik ingatan saya.



thanks to kak Ja and Afifah jugak.nnti wedding u olls,for sure I'll help too!
*terharu.

so ini la yang dpat kami grab. Wrna pilih natural sebab I ni mendung orangnye.hahahhaha



not really satin sebab satin akan panas. 4 meter = RM 32
kain untuk tudung beli jugak sebab nk buat bidang besar 1 meter 1/2 = RM 12
lace time nk beli ade dua choice tpi bila akak kat kedai tu tolong letakkan kat bdn ,trus sume sepakat pilih lace ni.. 3 meter 1/2 = Rm 78
overall xsmpai RM 130 pun.so kalau g jhit tepi and lain2,fit my budjet kowt which is RM 150.

so tunggu outcome hasil tgn afifah and kak ja ye.



WEDDING PREPARATION : 1 (CHECKLIST)



*BLOGWALKING
  -cari checklist dan procedure yang perlu dilakukn..All the things I salin dalam kertas A4 and letak dlm file.xnk guna buku sebb susah kalau ada yang perlu tambah helaian.
and kalau ada idea2 yang nak diimplementkan nnti I just print it and put it together in the file.senang untuk tye pendapat papa n mama bila balik rumah nnti..yela,orang dah umur menungkat,kesian kalau suh dyeorag tgk kat laptop yang kene scroll2 bagai.

*CHECKLIST

*THINGS TO DO AND TIMELINE
   -planning is important ok.sebab saya tak nak ada incident sebulan nk nikah and majlis tapi banyak      lagi yang tak settle.

  -TARGETED GOAL : SEMUA SETTLE SEBULAN SEBELUM KAHWIN..so last2 dah boleh rest . kecuali doorgift la sebab mama nak kekalkan tradisi bagi bunga telur.kang busuk pulak kalau awal2.

sebolehnye siapkan yang kecik2 kat UTM so balik rumah boleh focus untuk kemas rumah.

so sape2 nak checklist yang saya buat boleh la email or comment2.Insya-Allah selagi mampu,I'll help.


So this is my checklist and portfolio file. 
Simple !
DIY !
Jimat!
yang penting tersusun and kita faham.

Dalam portfolio ni terlist semua detail dari yang penting2 and besar2 sampai la sekecil2 and sedetail2nya.

1)Borang
-nama borang
-duedate
-checked if settle belah lelaki and perempuan



2) Hantaran list 

-harga
-progress

 #mostly barang2 hantaran ni kami ambik yang dah sedia ada and barang2 yang saudara2 sedekah je.malas nak membeli .kalau ikutkan hati,malas nak berhantaran2 ni tapi disebabkan nak jaga hati tok nenek yang beradat ni,so kutip je barang2 yang sedia ada yanga masih elok.hias2 sikit then jadi la..





untuk hantaran ni,belakang list, saya print out design atau idea2 yang boleh diciplak untuk hias dulang nanti.semua buat sendiri so kne dptkan idea dri sumber2 lain nak bagi processor otak pick up sikit.



3) Makanan dan Catering

-menu
-anggaran budget




4) Senarai Tetamu




5) Pelamin
-barang2 yang diperlukan untuk menghias
-kain ela
-bunga



# pelamin ni saja buat nak bagi nampak meriah sikit majlis and untuk sesi bergambar.
tak de sanding2 pun.so boleh buat sendiri je.
untuk pelamin ni pun ,print siap2 idea nk menghias nnti.





6)Bunga telur


7)Pakaian (most important)
#untuk pakaian aku buat and jahit sendiri je..Untuk ni nnati aku post new entry khas untuk pakaian je.sebab rata2 orang kahwin,sume baju dah mcm menjamu orang makan harganya..padahal boleh dapat yang murah and lagi cantik kowt. 




8) doorgift






 9) Kad jemputan
-website
-kad(kertas,sampul,printing)

#bab ni pun nnati I buatka special entry ea..knp special??

sebab 400 keping kad jemputan budgetnye rm 60 hengget je!!!

10) Prop


11)GuestBook





#yang ni paling penting dan perlu keep on update.supaya tak terlajak dari budget!.

Done !
So next entry kita detailkan satu persatu ikut checklist tu ye.
Good luck kepada sesiapa yang merancang untuk buat persiapan kahwin sendiri.
Believe me,U will never forget how its feel when You,yourself do the preparation by yourself not the wedding planner.!




Friday 4 September 2015

I LOVE YOU!!

FOR PRECIOUS MEN IN MY LIFE..i LOVE YOU PAPA <3 I LOVE YOU ABANG <3





Siapa LELAKI


LELAKI adalah ciptaan Allah yg paling indah. Dia mula untuk bertolak ansur dari umur yang sangat muda. 


Dia korbankan coklat nya.. untuk adik beradiknya.


Dia sakit dan pergi ke sendirian, tanpa mengadu dan harap simpati.


Dia korbankan impian.. hanya untuk melihat orang tua nya tersenyum.


Dia membelanjakan kesemua duit untuk beli hadiah untuk .. yang dia cinta .. hanya untuk melihat dia tersenyum 


Dia korbankan kehidupan masa muda nya hanya untuk isteri dan anak2.. dengan bekerja lewat malam tanpa sebarang keluhan.


Biasa sahaja orang bercakap ttg menghargai wanita , tapi amat sedikit wanita yg nak berbincang membicarakan utk menghargai lelaki 


Dia bina .. masa depan mereka sekelurga dengan membuat pinjaman daripada bank dan membuat bayaran balik sepanjang hayatnya.


Dia telah pun bersusah payah tapi masih dimarahi ibu , dibebel isteri dan dileteri oleh boss .


Kehidupan dia berakhir hanya untuk bertolak ansur demi kebahagiaan orang lain


Kalau dia keluar rumah , org kata dia lalai 


Kalau dia duduk dirumah, org kata dia malas 


Kalau dia marah anak2 , org kata dia raksaksa


Kalau dia tak marah, org kata dia lelaki yang tak bertanggungjawab 


Kalau dia tak benarkan isteri bekerja, org kata dia seorang yang mengongkong 


Kalau dia benarkan isteri  bekerja, org kata dia makan hasil isteri.


Kalau dia dengar cakap emak , org kata dia anak  emak 


Kalau dia dengar cakap isteri , org kata dia kena Queen Control 


Hargailah setiap lelaki dalam hidup anda. Anda tidak akan pernah tahu apa perngorbanan yang sudah dia lakukan buat anda.