Monday 2 November 2015

。 ◕‿◕。 Ibrah penantian 。 ◕‿◕。




。 ◕‿◕。Bismillahirrahmanirrahim. 。 ◕‿◕。


Ibrah penantian…


Sudah hampir 2 bulan aku ber’internship” di sini.
Habis waktu kerja jam 5.10. Kebiasaannya sementara menunggu en suami datang mengambilku,
masaku akan dihabiskan dengan menyiapkan tugasan sama ada di office atau di surau.
Kebanyakannya di surau .
Aku lebih selesa di situ .
Tenang dan menenangkan jiwa walau dalam apa pun keadaan .
Jika cuaca mengizinkan , masjid universiti itu menjadi pilihan.
Rumah Allah ! Sentiasa menjadi yang terbaik tanpa tandingan . Allah :’).


Hari ini aku menjadi insan yang ditegur sapa . Bukannya menegur .

Memang itu kelemahanku .

Tetapi apabila ada yang memulakan bicara, aku senang berbicara dan berceloteh.


Terlintas di fikiran , bagaimanakah dia semesra itu ?

Tidak segankah dia?

Memulakan bicara bertanyakan nama dan asal usul kepada orang asing untuk menjalinkan ukhuwah semata-mata kerana Allah .

Dari mana kekuatan itu datang?

Wallahi, aku juga tiada jawapannya.

Mungkin kerana manisnya ukhuwah lillahi Ta’ala itu yang mendorongnya.

Mungkin juga hablum minan-nas itu yang menjadi pemankin .


Sejak dulu, aku sentiasa kagum dengan insan-insan yang menjadi orang pertama yang menghulurkan persahabatan dan ukhuwah.

Sungguh mempesona .Kerana dia amat berjiwa besar.

Kemesraan itu menggagumkan .

Tetapi ciri-ciri seorang mukmin yang hebat itu membuatkan aku ingin mendekatinya.


Terima kasih adik.

walaupun tidak sempat bertukar nama,namun ada sesuatu yang boleh dijadikan ibrah dari pertemuan singkat itu.

Semoga bertemu lagi . Insya-Allah .

# belajar tak semestinya dari yang tua sahaja . (*-^)

-30/10/15

。 ◕‿◕。 malu 。 ◕‿◕。



。 ◕‿◕。Bismillahirrahmanirrahim. 。 ◕‿◕。


Hari-hari naik turun lif dari tingkat 11 memang macam-macam orang yang akan kita jumpa.


Teringat dua hari lepas, jumpa budak perempuan comel dalam lif bersama ibu bapanya.
En Suami yang pantang nampak comel-comel, terus menegur .


“Hi adik”

( si comel solehah itu memandang dan terus memeluk kaki si ayah).


“nama siapa?”

( terus ditutup separuh mukanya dengan tangan dan menyorok di belakang si ayah . hanya sebiji mata yang nampak terkedip2 memandang tersipu-sipu malu.)


Si ibu mencuba untuk yakinkan si solehah untuk memberitahu nama tetapi dia tetap senyap , tersenyum dalam malu.


Si ayah membalas “ Dia malu la tu” bagi pihak si anak yang tidak menjawab.


Ya , lumrah anak-anak kecik yang mumayyiz malu ditegur orang yang tak dikenali.

Ya malu.


Terus hati kecil berdoa semoga sifat malu itu tetap kekal dihatimu dik. Semoga malu itu akan terus menjaga dirimu hingga kau dewasa kelak. Selagi malu itu engkau jaga , Insya-Allah dirimu akan selamat dan terjaga.


Hilangnya sifat malu itu, maka hilanglah semuanya nanti.


Hari ni ada bedtime story untuk anda semua. Tak kan asyik nak baca cerita Frozen je as bedtime story kan. Baca dan hadamkan ye.


Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah.


Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.


Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).


Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.


Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.


Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.


# waktu kecil-kecil dulu sangat suka bermain dengan pokok semalu. Terasa kemenangan bila sentuh pokok semalu itu dan ianya menguncup . Seronok bermain tanpa mengetahui kisah yang tersirat di sebalik pokok yang tumbuh melata itu .

Mulai sekarang, apa kata bila kita nampak anak-anak bermain pokok semalu, kita cepat-cepat ceritakan kisah ni. Dalam mengenal dunia, biarkan anak-anak mengenal Rasullullah dan keturunannya.. (*-^).

。 ◕‿◕。Bismillahirrahmanirrahim. 。 ◕‿◕。



。 ◕‿◕。Bismillahirrahmanirrahim. 。 ◕‿◕。


Dari Abi Huhairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia,maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak soleh yang mendoakan untuknya”.

(Muslim)


Dengan keyakinan itu, aku ingin berkongsi secebis ilmu yang aku ada dan ibrah daripada kehidupan sekeliling. Semoga Allah reda . Insya-Allah .


اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَق

Terjemahannya :‘Iqra’ (bacalah) denqan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan.


Ini adalah wahyu yang pertama dimana ianya adalah adab pertama yang diajarkan oleh Allah kepada manusia. Oleh itu ianya menjadi sunnah sama ada dalam setiap percakapan, perbuatan atau penulisan.

Ini berdasarkan hadis Nabi saw yang bermaksud :


“ Setiap perkara yang baik tetapi tidak dimulakan dengan basmallah, maka ianya akan menjadi kurang”.


Untuk orng yang berwuduk, tidak sempurna wuduknya jika tidak disertakan dengan basmallah,


Ketika Nabi SAW melihat seorang budak hendak makan kurma, baginda bersabda yang bermaksud “ Ucapkanlah Bismillah, makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah makanan yang dekat darimu”.


Tidak sempurna juga orang yang menaiki kenderaan jika tidak disertakan dengan Basmallah. Kan doa naik kenderaan tu awalnya ialah “Bismillah”.

.بِسْمِ اللّهِ مَجْرَاهَا وَمُرْسَاهَا

Basmallah juga ialah pendinding untuk keselamatan rumah,barang-barang daripada kebakaran,kerosakan dan kehilangan.


Dalam sebuah hadis riwayat al-Bukhari, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,

“ Tutuplah pintumu dan sebutlah nama Allah,

padamkanlah lampumu dan sebutlah nama Allah,

dan ikatlah penutup bekas air (supaya tidak tumpah dan dimasuki sesuatu ) dan sebutlah nama Allah,

dan tutuplah perkakasmu ( gelas, cawan, bejana dan lain-lain) dan sebutlah nama Allah.


Banyakkan pesan untuk kita baca Basmallah.


Teringat kisah yang diceritakan oleh seorang murabi ketika di sekolah menengah. Ada seorang sahabatnya yang begitu tenang perwatakannya. Setiap pergerakannya disertakan dengan satu kalimah . Bismillahirrahmanirrahim .

Masuk kereta , Bismillahirrahmanirrahim.

Hidupkan enjin kereta , Bismillahirrahmanirrahim.

Pegang stereng kereta , Bismillahirrahmanirrahim.

Betulkan cermin kereta , Bismillahirrahmanirrahim.

Buka pintu kereta , Bismillahirrahmanirrahim.

Mulakan langkah , Bismillahirrahmanirrahim.

Tekan button lif , Bismillahirrahmanirrahim.

Nak duduk , Bismillahirrahmanirrahim.

Buka laptop , Bismillahirrahmanirrahim.

Buka buku , Bismillahirrahmanirrahim,

Buka pencil box , Bismillahirrahmanirrahim.

Start bercakap atau berbual , Bismillahirrahmanirrahim.

Nak ambil phone, Bismillahirrahmanirrahim.

Nak ambil barang dari orang, Bismillahirrahmanirrahim.


Senang kata semua la dibacanya Basmallah.

Simple kan ?

Tapi berapa ramai yang buat ?

Teringat juga ada seorang ustaz beritahu,

“kalau susah-susah sangat tak hafal doa tapi nak berdoa time sakit minta pertolongan Allah, jadikan Basmallah itu sebagai doa. Baca “ Bismillahirrahmanirrahim” dan usap tempat yang sakit. TAPI kena betul-betul yakin dan percaya dengan kekuasaan dan ayat-ayat Allah. Insya-Allah boleh membantu.

tapi jangan pulak kita tak nak menuntut ilmu dan menghafal doa-doa dengan alasan Basmallah je dah cukup ye…

Allahu’alam. Selamat beramal smile emoticon

-27/10/15