Thursday 22 August 2013

~CuKup DeNgAn ApA YaNg AdA ~

Assalamualaikum

fuhhhh3333!!!!
asenye xcukup dgn tiup je ney..
kene siap vacuum sekali rasenye..
maklumla dah lame tak gune so berhabuk la dye..
but not the owner ok..

that's a lot of things to write actually.
but just remember one of my fren said that,
"wanita solehah , tak jiwang , tak gedik , amat berahsia !
kisah peribadinya bukan untuk tatapan semua manusia ! "


so just keep it lah,
not everything la
its just like private kan je la kowt
just write something that give u and others benefits.
that's better
and I'll try.

now tgah foolow up citer UMMI setiap hari Ahad kat tv3.
memang respect la ummi tue.
she's living alone ,
makan pakai sekadar cukup ,
tapi kerana kasih ,
she adopted 3 kids ,
yang hidup terbiar ,
walaupun it's just a drama but it have the best moral values
te be learn .
sangat2 mnyentuh hati .
nmpaknye balik utm memang hari Isnin siaplah aku.
hehehehe

blogwalking tdi,terbaca ini..


Bila kaya jadilah Sulaiman
gagah perkasa raja mulia
hatinya tetap terasa hina
sentiasa tunduk kepada Yang Esa


Bila miskin jadilah Ali
hidup bermaruah tanpa meminta-minta
darjat tinggi khidmat tak terperi
banyak memberi sedikit meminta


Bila cantik seperti Yusuf
jagalah akhlak daripada godaan
wajah yang cantik pastikan luntur
amal baktilah teman di kubur


Bila sakit hidup tercabar
jadilah Ayub nabi yang sabar
kepada Allah hatinya menyerah
akhirnya ceria dilimpah anugerah


Takdirnya hidup yatim piatu
hilang tersayang & juga tercinta
dilanda kesusahan bertali arus
teladanilah Muhammad s.a.w
pembawa cahaya semesta alam


Dengan kurnia..
banyakkan syukur


Dengan bala..
janganlah kufur


Memberi bukan untuk menerima
menabur budi bukan untuk dianggap berjasa 


Pandanglah ke bawah
agar sedar nikmat yang melimpah
pandanglah ke atas
untuk insafi amal kita yang terbatas


Kadang Tuhan menyempitkan
agar tidak hanyut dalam kesenangan
Kadang Dia melapangkan
agar tidak selalu berada dalam kesempitan


kadang Dia melepaskan kita dari kedua-duanya
agar kita tidak bergantung kepada sesuatu
selain-Nya..


Kita semua milik Allah
kepada-Nyalah kita kembali


Oleh: Pahrol Mohd Juoi
Dipetik dari: Di Mana DIA Dihatiku

#entry ney dah lame dah buatnye,mase start puasa lagi..just not publish yet..