Bila jiwa kacau risau tentang masa depan,
Bila hati sesak dengan kerenah manusia yang tidak memahami,
Bila jiwa sukar berlapang dada,
Bila hati disempitkan dengan sangkaan buruk terhadap saudara lain,
Bila hati rimas dengan pandangan dan sangkaan orang lain terhadap kita,
Bila hati sentiasa ingin marah,
Bila hati mula berjinak dengan nafsu yang Allah tidak redha.
Bila akal lupa tujuan asal hidup,
Bila diri terasa enak berlingkar dengan maksiat,
Bila hati puas melakukan perkara yang tidak berbuah amal,
Bila hati tidak risau meninggalkan amalan rutin sebagai penguat diri,
Bila jasad duduk enak tanpa berbuat ma'aruf.
Bila fikiran melayang untuk perkara sia-sia,
Bila hati terlalu leka terhadap rahmat & nikmat-Nya.
Bila diri mula meminta yang berlebihan,
Bila hati mula meminta untuk yang bukan haq,
Bila diri rasa sudah cukup,
Bila cemburu terhadap nikmat & rezeki insan lain,
Bila diri berpura baik di hadapan manusia,
Bila hati merasa perbuatan dosa sebagai tidak apa,
Bila diri sentiasa mahu dipuji.
Bila diri sentiasa mencari2.
Bila hati tidak yakin dengan janji-Nya,
Bila diri menyesal dengan setiap taqdir-Nya,
Bila hati sentiasa mencari aib & salah orang lain,
Bila diri sentiasa ingin memuaskan selain dari Allah.
Bila hati tidak lagi sepenuhnya meletakkan pergantungan kepada-Nya.
Bila hati merasa bebas dari jagaan Allah,
Bila merasa diri milik mutlaq diri sendiri,
Bila hati merasa aman melanggar amanah,
Bila merasakan tiada yang lebih penting melainkan diri sendiri.
Bila hati merasa lebih tenang dan senang untuk hidup bersendirian.
Bila hati merasa serik dan menghiraukan orang lain.
Bila mulut lebih senang berbicara tentang dunia dari manisnya syurga,
Bila redha manusia lebih dicari daripada redha Allah,
Bila merasa cinta manusia lebih asyik daripada cinta Allah,
Bila hati lebih rindukan makluk daripada rindu untuk bertemu-Nya,
Hati itu
bukan hati aku lagi..
I beg to you Ya Rabb..
Please heal my heart..
Please Guide me all the way.
to your JANNAH.
to your JANNAH.
No comments:
Post a Comment