Monday 2 November 2015

。 ◕‿◕。 malu 。 ◕‿◕。



。 ◕‿◕。Bismillahirrahmanirrahim. 。 ◕‿◕。


Hari-hari naik turun lif dari tingkat 11 memang macam-macam orang yang akan kita jumpa.


Teringat dua hari lepas, jumpa budak perempuan comel dalam lif bersama ibu bapanya.
En Suami yang pantang nampak comel-comel, terus menegur .


“Hi adik”

( si comel solehah itu memandang dan terus memeluk kaki si ayah).


“nama siapa?”

( terus ditutup separuh mukanya dengan tangan dan menyorok di belakang si ayah . hanya sebiji mata yang nampak terkedip2 memandang tersipu-sipu malu.)


Si ibu mencuba untuk yakinkan si solehah untuk memberitahu nama tetapi dia tetap senyap , tersenyum dalam malu.


Si ayah membalas “ Dia malu la tu” bagi pihak si anak yang tidak menjawab.


Ya , lumrah anak-anak kecik yang mumayyiz malu ditegur orang yang tak dikenali.

Ya malu.


Terus hati kecil berdoa semoga sifat malu itu tetap kekal dihatimu dik. Semoga malu itu akan terus menjaga dirimu hingga kau dewasa kelak. Selagi malu itu engkau jaga , Insya-Allah dirimu akan selamat dan terjaga.


Hilangnya sifat malu itu, maka hilanglah semuanya nanti.


Hari ni ada bedtime story untuk anda semua. Tak kan asyik nak baca cerita Frozen je as bedtime story kan. Baca dan hadamkan ye.


Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah.


Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.


Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).


Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.


Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.


Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.


# waktu kecil-kecil dulu sangat suka bermain dengan pokok semalu. Terasa kemenangan bila sentuh pokok semalu itu dan ianya menguncup . Seronok bermain tanpa mengetahui kisah yang tersirat di sebalik pokok yang tumbuh melata itu .

Mulai sekarang, apa kata bila kita nampak anak-anak bermain pokok semalu, kita cepat-cepat ceritakan kisah ni. Dalam mengenal dunia, biarkan anak-anak mengenal Rasullullah dan keturunannya.. (*-^).

No comments:

Post a Comment