Tuesday 22 July 2014

PETUA 8P UNTUK KEBAHAGIAAN SUAMI ISTERI

PETUA 8P UNTUK KEBAHAGIAAN SUAMI ISTERI


1. PUJI
- setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terim! a kasih apabila diberi pertolongan.


2.PELUK
-pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.


3.PENGHARGAAN
- amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.


4. PERHATIAN
- mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan,


5. PERSEFAHAMAN


6. PERGAULAN
-pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.


7.PERCUTIAN
-perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.


8. PERMOHONAN
-doa kepada ALLAH supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.


✔ Ustazah Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.


✔ Ustazah berpesan, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah. Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.


✔ Pesan Ustazah lagi....“Ketika kita jauh daripada ALLAH, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga,”


- Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood







#JOURNEY TO  JANNAH.INSYA-ALLAH KITA SAMA2 PRACTICE YE.
#next entry-for my future righteuos husband.in progress.ngee~


No comments:

Post a Comment