Sunday, 2 June 2013

" tanya minda minta jawapan, tepuk dada tanya iman"

Assalamualaikum ! 
dah lame kan xupdate . so sebelum final ney nak curi2 mase sikit kat sini  . 
just to make me more relax actually . 
hehehhehe . 
we need time for ourselves too , right ?


Suatu hari, sekumpulan perompak memecah masuk sebuah rumah ilmuwan di kota raya. Hampir kesemua barang-barang & harta-harta mewah di kebas sekumpulan perompak tersebut.

Tuan Rumah: "Ambillah engkau apa sahaja yang ada di dalam rumah ini. Kecuali dua benda. Nyawa & buku-buku aku."

Perompak: Perompak hairan. Dia bertanya.
"Bukan ke harta-harta dengan buku-buku kau tu, bila dibandingkan maka harta yang lebih berharga?

Tuan Rumah: "Itu bagi kau. Bagi seorang perompak maka harta yang lebih berharga. Tetapi tidak bagi aku, seorang ilmuwan. Aku lebih berilmu berbanding kau. Kalau harta yang kau rompak, aku boleh cari lagi. Tetapi bila buku aku yang kau rompak, bagaimana aku nak rujuk balik?

Perompak: "Hmm, bukankah kalau benar orang itu berilmu, ilmunya ada di dada & bukannya semata-mata di dalam buku? Sememangnya aku tidak tahu sebab aku bukan ilmuwan, tidak berilmu. Jika ilmu hanya dibuku, maksudnya ilmu tu dapat diaplikasikan bila kau ada kat depan buku je la ye?"


Sesiapa yang akan menduduki peperiksaan dalam masa yang terdekat ni,
moga Allah mengurniakan hanya yang terbaik.
Terbaik di mata manusia tidak semestinya terbaik di 'mata' Allah & terbaik di 'mata' Allah adalah semestinya terbaik untuk kita dunia akhirat. Confirm!
Konklusinya, buat sehabis baik Lillahitaala sebab grade di 'mata' Allah yang perlu kita kejar hanya,
REDHA ALLAH.
Berbanding grade dunia,
ada A+, A-, B+, B-, C+, C-, D+, D-, F
Banyak kan?
Teruskan untuk
USAHA DOA TAWAKKAL ツ


Takpe. Biarpun orang tak nampak apa kita buat, Allah tak pernah bosan untuk tenung kita.
Bergantunglah pada yang tidak pernah mati,
pada yang tidak pernah bosan dengan kerenah kita,
pada yang tidak pernah penat penuhi permintaan kita,
pada yang tidak pernah merungut bila kita membebel,
pada yang tidak pernah malas dengan luahan hati kita,
pada yang tidak pernah mengata kita,
pada yang tidak pernah mengantuk arrange hidup kita.
Yang tidak ada selain Dia, hanya Allah tempat kita berpaut & bertaut.

# the worst battle you have to fight is between what you 
know and what u feel !
I won't stop when I'm tired but I'm stop when
i'm done . #
# dunia dah nak tamat . so , jangan pernah penatttt !!!! #

p/s~ jangan lupe doakan kawan2 yang lain jugak ye .

Ummu Darda' rha meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud,

"Tiada seorang Muslim pun yang berdoa untuk saudaranya dari belakang, melainkan malaikat berkata kepadanya: 'Dan bagi kamu seperti apa yang kamu pinta untuk saudaramu' "(Riwayat Muslim no 2732)

No comments:

Post a Comment