Wednesday 13 March 2013

aku kata ......


 
Aku kata “Astaghfirullahal azim”

tetapi hatiku masih gemar akan maksiat..





Aku kata “wa atubu ilaih”


tetapi jasadku masih melakukan dosa yang sama..





Aku kata “wa nadimna ya Allah”


tetapi kesilapan lalu masih aku ulangi..





Aku kata “Subhanallah”


tetapi aku tidak mampu menghayatinya..
menghayati kebesaran dan meyerah diri sepenuhnya kepada DIA .




Aku kata “Alhamdulillah”


tetapi aku masih tidak bersyukur dengan kurniaan-Nya..
aku masih tidak berpuas hati dengan apa yang ada .
aku masih mengeluh dengan sedikit kesukaran dan kepayahan yang mencuit .
sedangkan ada yang lebih susah keadaannya dripdku .




Aku kata “Allahuakbar”


tetapi cintaku lebih kepada dunia..
masaku lebih terluang untuk urusan dunia yang tak pernah sudah .
keinginan dan kegembiraanku lebih kerana dunia .
mungkin aku masih lagi menjadi salah sorang daripada boneka  dunia



Aku kata “ma fi qalbi ghairullah”


tetapi masih ada ruang di hatiku untuk insan yang tidak halal..
pintu hatiku masih terrrbuka membenarkan rasa kasih itu tersemai .
taman2 syng itu trus bercmbah walaupown aku tahu itu salah .
menzalimi diri sendiri .
ikut rasa binasa .
ya hati dan akal perlu seiring .
akal perlu menuntun rasa hati .!
itu sebetulnya .
akal , ilmu , dan iman !





Aku kata “aku tak layak ke syurga


dan aku tak sanggup ke nerakaMu” 
namun aku hidup di dunia seakan-akan

aku kuat untuk rasa pedih neraka .
 




Aku kata aku ingin mendekati-Mu,


Namun amalku tak seiring dengan kata-kataku..
amal dan iman trus naik dan turun .
unstable .
aku bergerak selangkah mendekatimu .
teteapi dalam masa yang sama aku melakukan perkara yang menjauhkan kita semula .




Aku malu dengan sepasang mata kurniaan-Mu ini,


air mata mengalir seakan-akan sia-sia..
mudah mengikut rasa hati  
yang tidak langsung kuat .
tidak diajar dan dilatih untuk menjadi lebih kuat mungkin .



Sayyiduna Zaid bin Aqram meriwayatkannya dengan berkata yang bermaksud " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda 'Pada hari kiamat, seseorang didatangkan & dilemparkan ke dalam neraka. Kemudian ususnya terburai & dia akan dipusing-pusingkan seperti keldai yang memusingkan alat giling.

Lalu penghuni neraka berkumpul dan bertanya kepada orang terbabit ,'Fulan, apa yang terjadi denganmu? Bukankah dulu kau mengajak kepada yang makruf (hal baik dan benar) dan melarang perkara yang mungkar (hal buruk dan salah)? Dia pun menjawab, 'Dulu aku memang mengajak kepada pekara yang makruf namun aku sendiri tidak mengamalkannya. Dan aku melarang yang mungkar, tetapi aku sendiri melakukannya."


(Hadith Riwayat Imam Bukhari)


 

No comments:

Post a Comment